-->

Persoalan dan Jawapan Mengenai Jerawat

on Thursday, May 3, 2012

Apa itu jerawat?

Jerawat juga dikenali sebagai akne (acne).

Bagaimana jerawat terjadi?

Jerawat terjadi apabila:


  • Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
  • Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang
  • Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acnes)
  • Adakah akne disebabkan oleh beberapa makanan tertentu?
  • Ini merupakan satu mitos. Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.

Apakah rupa jerawat?

Terdapat beberapa jenis jerawat iaitu :


  • Bintik putih atau bintik hitam (comedones)
  • Bonjol merah yang bernanah atau tidak
  • Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut

Apakah yang menyebabkan akne semakin teruk?

Antara perkara yang boleh mengakibatkan jerawat semakin teruk adalah:

  • Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
  • Alat solek yang berasaskan minyak
  • Gel rambut
  • Memicit jerawat
  • Tekanan hidup
  • Mengandung
  • Ubat seperti streroid, phenytoin (Dilantin) atau Lithium

Siapa yang boleh mendapat jerawat?

Jerawat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

  • Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki
  • Kita boleh mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun
  • Jika ibu bapa anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.

Apa yang boleh saya lakukan apabila mendapat jerawat?

Jerawat yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti:

Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
2% - 6% Sulfur dalam losen calamine

Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan?

Jika jerawat bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin). Untuk jerawat yang sederhana.


  1. Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan
  2. Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan untuk remaja lelaki
  3. Bagi jerawat yang teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan Isotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist):


Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran. Remaja perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut. Mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain

Adakah jerawat boleh meninggalkan parut?

Jerawat yang ringan sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment) yang akan hilang. Pada lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali akne tersebut dicungkil atau dipicit. Akne yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di bahagian permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit. Terdapat golongan yang cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).

Bolehkan parut jerawat dirawat?

Selepas beberapa bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:


  1. Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik digunakan untuk menggelupaskan permukaan kulit
  2. Teknik laser resurfacing
  3. Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin
  4. Pembedahan pembetulan (Surgical repair)
  5. Penggunaan kosmetik bagi menutup parut


Bolehkah saya mencegah jerawat?


Ya, boleh. Anda boleh menghindari atau mengawal jerawat melalui:


  1. Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
  2. Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis
  3. Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
  4. Lebihkan minum air kosong
  5. Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
  6. Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi.
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Oh Jerawat All Rights Reserved