Jika anda mengalami masalah jerawat yang teruk, jangan panik dan risau kerana setiap penyakit pasti ada ubat dan penawarnya. Mungkin ramai di antara anda yang mengalami perkara yang lebih teruk lagi seperti masalah jerawat batu di muka dan menyebabkan mereka ini berasa malu dan kurang keyakinan diri. Dan jika anda berasa demikian maka berusahalah untuk menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin sebelum ianya menjadi lebih kronik lagi.
Ada juga orang yang menghadapi masalah jerawat di kepala yang mana mungkin juga menyumbang kepada punca-punca keguguran rambut. Manakala masalah jerawat di badan juga agak menyusahkan. Sama ada anda lelaki atau perempuan yang telah lama menderita dengan masalah jerawat badan ini terutamanya masalah jerawat belakang badan, membuatkan anda tidak selesa atau malu untuk bersama dengan teman-teman ataupun pasangan anda dan juga ianya akan mengotorkan baju dan tempat tidur anda.
Selain itu, masalah jerawat di muka dan dahi merupakan tempat yang biasa dialami oleh kebanyakan penghidap. Dan rata-rata yang menghidapi masalah jerawat seperti ini ialah remaja yang mana masalah jerawat pasir adalah sinonim dengan mereka ini. Manakala, masalah jerawat resdung pula biasanya menyerang golongan remaja dan orang dewasa tidak kira lelaki mahupun wanita.
Masalah jerawat sama ada di bahagian muka ataupun di badan selain dari menjejas penampilan dan meninggalkan kesan parut yang kurang enak dipandang, ianya juga secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada emosi seseorang contohnya kurang keyakinan diri dan menghadapi masalah kemurungan. Oleh yang demikian,jangan mengambil mudah tentang hal ini. Bertindaklah degan cepat dan jangan anggap masalah ini akan hilang dengan sendirinya. Kerana ia mungkin akan bertambah kronik lagi jika terus dibiarkan begitu saja.
Saya cadangkan supaya anda hanya menggunakan ubat-ubat dan cara rawatan yang disyorkan oleh doktor pakar khusus masalah jerawat untuk mengelakkan diri dari masalah ini secara berterusan. Jangan sekali-kali mencuba ubat-ubatan ataupun rawatan yang anda tidak pasti keberkesanan dan asal-usulnya. Dan sekali lagi, jangan mengharap yang masalah jerawat anda akan hilang dengan sendirinya tanpa berbuat apa-apa tindakan dan juga rawatan.
{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment