-->

Tips Cara Tradisonal Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

on Tuesday, May 22, 2012

Korang semua mesti pernah ada jerawat kan? Selalunya jerawat akan meninggalkan kesan parut dan bukan mudah nak hilangkan parut jerawat tu. Produk-produk kat kedai pun belum tentu betul-betul dapat hilangkan parut jerawat tu. Kali ini nak share tips Cara Tradisonal Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat.

Ni ada cara nak menghilangkan bekas parut jerawat yang nak share dengan anda ni. InsyaAllah parut akan berkurangan dan hilang. Ada banyak tips ni korang boleh la try satu-satu dan tengok yang mana sesuai dan berkesan untuk korang.

Tips Cara Tradisonal Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat


1.  Campurkan madu dan bedak sejuk kemudian sapu di parut jerawat anda.

2. Ambil sepotong ubi kayu dan kupas kulitnya. Buangkan kulitnya. Kemudian bersihkan dan parutkan ubi kayu tersebut.Selepas itu perah untuk dapatkan airnya. Sapu air tersebut pada bekas jerawat anda.

3. Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah di asah. Sapu di muka yang berparut pada waktu malam. Cuci dengan air suam  pada esoknya. Amalkan 3 kali seminggu.

4. Ambil 10 helai daun sireh dan tumbuk daun tersebut. Kemudian sapu pada tempat berparut. Cuci setelah ianya kering.

5. Kisarkan timun dan tapis airnya. Hampas timun tersebut sapukan di muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.

6. Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya. Lumurkan jus lemon tersebut ke muka 2 kali sehari dan minum jus lemon 1 kali sehari.

7. Gunakan daun lidah buaya. Ambil gelnya sahaja dan lumurkan pada kawasan berparut. Bilas dengan air suam setelah kering. Gelnya juga boleh di buat jus dan minum1kali sehari.
Ranking: 5

{ 7 comments ... read them below or add one }

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal jerawat… sharing is caring :) - Cara Menghilangkan Parut/Bekas Parut Jerawat


June 1, 2012 at 9:55 PM
Anonymous said...

terima kasih. teruskan berkongsi artikel yang menarik. mohon share di facebook ye tuan blog oh jerawat. tq!


June 17, 2012 at 1:01 PM
Anonymous said...

harap awak bagi banyak tips lagi boleh?


June 24, 2012 at 12:29 PM
Anonymous said...

thanks...saya try tips no 2 mjadi sgt!!sukanya..tq ye bagi tips hilangkan parut jrwt ni :)

-siti-


November 29, 2012 at 12:40 PM
nur diana said...

thanks..6ti saya try buat!


January 27, 2013 at 2:04 PM
sally said...

sy guna tomato masak ranum tu sapu ala masker pada seluruh muka..alhamdulillah ok juga..sekadar berkongsi tips sy cuba kt blog ni..


May 12, 2013 at 12:19 PM
Unknown said...

nak tnye iye gune madu ape ye blh bagi tau ape jenama madu tu :)


August 7, 2017 at 12:54 PM

Post a Comment

 
© Oh Jerawat All Rights Reserved