-->

Apa Itu Jerawat?

on Tuesday, May 1, 2012

Jerawat merupakan masalah yang terhasil daripada aktiviti hormon-hormon pada kelenjar minyak (sebaceous glands) pada kulit yang membawa kepada penutupan liang roma dan kecederaan tisu (lesion) yang biasanya dipanggil jerawat. Luka-luka jerawat biasanya timbul di bahagian muka, leher, belakang badan, dada, dan bahu. 

Bertentangan dengan kepercayaan umum, jerawat bukan sahaja penyakit golongan remaja. Ia adalah masalah sosial dan boleh mengecewakan dan mencacatkan dalam kes-kes tertentu. Ia mempunyai kesan ekonomi yang penting, kerana banyak wang dibelanjakan untuk rawatan preskripsi dan bukan preskripsi, terapi dan produk-produk jerawat.

Kebanyakan remaja dan sebilangan orang dewasa mengalami masalah jerawat untuk tempoh masa yang agak lama. Masalah tersebut tidak terbatas untuk mana-mana peringkat umur, bangsa, atau jantina. Ia menjejaskan beratus juta orang seluruh dunia. Masalah besar dengan jerawat adalah keadaannya yang tidak disenangi dan juga kesan parut yang ditinggalkan. Kes-kes jerawat berlainan dari sederhana kepada amat mencacatkan. Ia deretan dari bintik hitam dan bintik putih kepada benjolan merah (nodul-nodul) dan nanah.
Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Oh Jerawat All Rights Reserved