Pernah kah anda cuba merawat jerawat yang anda deritai? Tidak kiralah sama ada merawat jerawat batu, merawat jerawat badan ataupun merawat jerawat bernanah ataupun masalah jerawat yang lain. Dan adakah rawatan tersebut berkesan dan masalah anda ini tidak berulang lagi? Saya pasti ada di antara anda yang pernah cuba merawat jerawat secara tradisional dan rasa pendapat mereka ini adalah berbeza-beza.
Sebenarnya rawatan jerawat yang ada di pasaran khususnya di Malaysia, sangat banyak tetapi untuk memastikan keberkesanannya adalah sangat sukar terutama sekali rawatan yang bersifat tradisional yang kebanyakannya mengkhusus kepada rawatan jerawat muka, rawatan jerawat batu, rawatan parut jerawat dan juga rawatan jerawat badan. Bila kita menyentuh berkenaan cara ini, maka keputusan yang biasa kita terima adalah tidak pasti dan kita hanya bersandarkan kepada pengalaman orang lain yang pernah menjalani rawatan jenis begini. Mungkin hanya sedikit sahaja rawatan dan ubat jerawat tradisional yang mendapat pengiktirafan secara klinikal ataupun mungkin juga langsung tiada. Jadi, berhati-hati bila cuba mendapatkan rawatan atau ubat ubatan tradisional ini.
Jika anda ingin mendapatkan rawatan jerawat belakang badan, rawatan jerawat resdung ataupun mencari rawatan jerawat parut berlubang, saya sarankan agar anda mencari dahulu maklumat yang menyokong cara rawatan dan kaedah yang ada cuba dapatkan ini. Contohnya, adakah orang yang mengendalikan pusat rawatan ini adalah dari golongan profesional dan mempunyai sijil kelayakan yang sah? Jika tidak, maka besar kemungkinan rawatan yang diberikan tidak memberikan hasil yang positif. Dan yang paling penting sekali, jika ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku, anda tidak dapat menuntut apa-apa yang sepatutnya menjadi hak anda sebagai pengguna.
Secara logiknya, rawatan jerawat di klinik kelihatan lebih selamat dan terjamin kalau dibandingkan dengan rawatan jerawat tradisional ataupun kaedah rawatan jerawat kedah yang di gembar gemburkan sangat mujarab dan berkesan. Tapi sejujurnya, saya tidak tahu sejauh manakah kebenaran perkara ini. Akan tetapi, biasanya klinik-klinik yang terdapat di sekitar tempat anda tinggal tidak mempunyai doktor yang benar-benar pakar tentang masalah dan cara merawat jerawat. Jadi saya sarankan di sini supaya anda mencari klinik dan doktor yang mengkhusus tentang masalah jerawat ini. Saya ada mengetahui seorang doktor pakar masalah jerawat yang menyediakan buku panduan secara online bagaimana untuk merawat jerawat dengan betul dan berkesan. Harap anda akan mendapat manfaat daripada buku beliau ini. Sekian dahulu, terima kasih.
{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment