-->

Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka

on Wednesday, February 13, 2013

Oh Jerawat!! Artikel kali ini saya ingin berkongsi tips atau perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka. Ini kerana teknik cucian yang sempurna dapat memberikan kesegaran pada wajah dan ia juga mampu mencegah pertumbuhan jerawat dan menghilangkan jerawat. Mencuci muka ini adalah bertujuan untuk membersihkan muka daripada kesan make up, kotoran, lebihan minyak dan juga sel kulit mati.

Sebelum ini saya pernah memberikan tips mencuci muka dengan betul. Kali ini saya akan membincangkan empat perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka.


Empat Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka adalah:

1. Jangan keterlaluan semasa mencuci muka

Mungkin anda terlalu obses semasa mencuci muka. Mengguna pencuci muka terlalu banyak, cuci muka terlalu lama, menggosok muka dengan kuat dan mencuci muka dengan kerap sebenarnya tidak bagus. Cara cucian begini tidak akan menghilangkan jerawat malah ia merosakkan lagi kulit muka anda.

Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari. Gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan supaya peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar di seluruh muka anda.

2. Jangan menggunakkan sabun ketul atau sabun mandi

Sabun mandi tidak sesuai dengan muka sebab kulit muka lebih sensitif berbanding dengan kulit badan. Penggunaan sabun mandi akan menyebabkan kulit muka anda menjadi lebih kering dan menghilangkan kelembapan pada wajah anda.

Sebaiknya gunalah pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda sensitif gunakan pencuci muka yang bebas aroma/wangian, untuk kulit berminyak pilih pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih dan bagi anda yang berkulit kering gunakan pencuci muka yang mengandungi formula kelembapan.

3. Elakkan menggunakan pencuci muka atau toner yang mengandungi alkohol dan bahan kimia berbahaya.

Saya rasa anda pun tahu bahan kimia tidak elok untuk kesihatan. Biasanya simptom awal kesan daripada bahan kimia adalah anda akan mengalami kegatalan pada wajah anda.

Jika anda mengalami simptom ini, nasihat saya berhenti menggunakan pencuci muka tersebut dan dapatkan rawatan doktor sebelum ia menjadi lebih teruk.

4. Jangan menggunakan air terlalu panas atau terlalu sejuk.

Menggunakan air terlalu panas dapat mencederakan kulit muka. Penggunakan air terlalu sejuk pula membuat kulit anda rasa terkejut yang melemahkan peredaran darah dan oksigen. Saya sarankan anda gunakan air suam-suam kuku. Tak telalu panas dan tak terlalu sejuk.

Empat perkara ini amat penting untuk dielakkan supaya dapat memberi kesan yang terbaik semasa mencuci muka. Kulit muka yang sihat adalah hasil daripada penjagaan yang baik dan sempurna oleh diri kita sendiri. Semoga kulit muka menjadi bersih dan sihat kembali. Perangi Jerawat Untuk Hidup Yang Lebih Ceria dan Sihat :)
 
© Oh Jerawat All Rights Reserved