Jika anda bertanya apa itu jerawat, ramai yang mungkin tidak tahu apa sebenarnya ia walaupun kebanyakan mereka mengalami masalah ini. Baiklah, jerawat secara umumnya merupakan suatu proses biologi yang terjadi pada kulit akibat dari masalah radang tisu pada bahagian kelenjar minyak pada kulit manusia. Ia sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit pada muka dan kulit di badan. Dan jika ia bersaiz besar, maka akan meninggalkan kesan parut yang agak ketara dan hodoh.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dalam bidang perubatan, hampir lima puluh jenis jerawat yang telah di kenal pasti dan antara yang selalu dihidapi ialah jerawat batu, jerawat badan, jerawat resdung, jerawat pasir, jerawat di badan, jerawat di kepala, jerawat di dagu dan banyak lagi.
Malahan terdapat juga jerawat di bahagian-bahagian yang sensitif seperti jerawat di punggung, jerawat di hidung dan juga jerawat di kemaluan wanita dan lelaki juga. Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang berlaku pada rongga rambut dan kelenjar minyak berdekatan dengan permukaan kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.
Ada mungkin di antara anda yang ingin tahu tentang jerawat di punggung dan penyebab ianya berlaku. Sebenarnya, sebab mengapa ia terjadi adalah sama seperti apa yang sudah saya terangkan di atas iaitu disebabkan oleh radang dan jangkitan kuman. Begitu juga dengan jerawat batu di hidung, jerawat batu di dagu dan jerawat batu di muka yang mana penyebab ini semua adalah merupakan perkara yang sama cuma ianya lebih teruk keadaannya.
Terdapat pelbagai cara mengubati jerawat batu iaitu dengan menggunakan ubat ubatan moden dan juga secara alami atau semula jadi. Berbagai-bagi cara menghilangkan jerawat badan dan juga rawatan yang telah dikaji oleh para doktor dan pakar-pakar kesihatan pada masa ini. Namun begitu ada sesetengah orang masih mengamalkan petua untuk menghilangkan jerawat badan yang dipercayai mampu mengatasi masalah ini.