Oh Jerawat!! Itulah perkataan yang sering terkeluar dari mulut atau terlintas dalam hati anda takala melihat wajah anda pada cermin. Ia memange memberikan seribu kerungsingan pada diri. Sehingga anda tercari-cari bagaimana caranya untuk meghilangkan parut jerawat yang terdapat di muka? Anda berasa malu dengan pandangan orang sekeliling? Usah risau disini disertakan petua untuk menghilangkan masalah parut jerawat version 2. Ingatlah, sesungguhnya kita digalakkan untuk berusaha merubah nasib diri kita. Jadi jangan patah semangat dan cuba ikhtiar sedaya mungkin untuk cuba menghilangkan parut jerawat.
Tips & Cara Menghilangkan Parut Jerawat V2:
• Parut jerawat baru yang kelihatan hitam dapat diatasi dengan melakukan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati. Lakukan scrub seminggu 2 kali atau mengikut peraturan pemakaian dan hasilnya kulit akan kelihatan sihat dan mulus.Tapi jangan lakukan scrub ketika kulit berjerawat dan meradang kerana ini akan menyebabkan radang menjadi semakin teruk.
• Selain itu, boleh menggunakan sabun yang mengandungi glikolic acid atau AHA, untuk menanggalkan sel kulit mati. Agar jerawat tidak berparut hitam atau berbekas , elakkan dari memicit jerawat kerana dapat merosakkan struktur kulit. Ini menyebabkan parut menjadi semakin gelap dan susah untuk dihilangkan.
• Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
• Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
• Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
• Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
• Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
• Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Bagaimana dengan petua-petua tersebut? Diharapkan tips & cara yang dikongsikan disini dapat membantu anda. Jangan anda cuba kesemuanya sekaligus tau. Cuba tips tersebut satu persatu untuk test mana satu yang bersesuaian dengan kulit anda. Selain artikel ini, anda boleh juga mencuba tips, cara atau petua artikel dibawah;
Diharap anda semua tidak patah semangat untuk terus mencuba menghilangkan parut jerawat kerana kesesuaian setiap orang ialah berbeza mengikut kesesuaian jenis kulit anda. Saya doakan semoga anda semua berjaya.
Ranking:
5
{ 0 comments ... read them below or add one }
Post a Comment