-->

5 Petua Wajah Berseri Cara Islam [Gambar]

on Tuesday, October 23, 2012

5 Petua Wajah Berseri Cara Islam [Gambar]


>>Klik pada gambar untuk melihat lebih jelas @ besar<<

Tips Hilangkan Jerawat dengan Cukup Tidur

on Saturday, October 6, 2012


Oh Jerawat!! Apa kaitan jerawat dengan tidur? Jawapannya memang ada kaitan. Anda mesti pernah dengar tidur adalah waktu tubuh badan untuk berehat, menyembuh, membesar dan melindungi manusia. Sebab itu tidur yang cukup penting supaya sistem di dalam tubuh badan anda dapat bekerja dengan baik setiap hari.  Salah satu simptom kekurangan tidur adalah jerawat, tidur yang cukup bermakna memberi masa yang cukup untuk tubuh badan anda merawat pelbagai penyakit termasuklah merawat dan menghilangkan jerawat. 

Jadi bagaimana jerawat boleh muncul jika anda tidak cukup tidur?

Ada dua sebab terbesar bagaimana jerawat boleh muncul jika anda kekurangan tidur iaitu:

i)    Insulin Resistant
ii)    Keradangan Kronik

Menurut kajian Saintis University of California, kekurangan tidur adalah penyumbang terbesar kepada Insulin Resistan dan Keradangan Kronik.

Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi mengawal tahap glukosa/gula di dalam darah. Biasanya penyakit disebab oleh Insulin Resistant/Halangan Insulin ini melibatkan penyakit diabetis dan kencing manis.

Apabila Insulin gagal mengawal tahap gula di dalam darah, liang pori akan bertindak aktif mengeluarkan sebum (sejenis lemak/minyak) dengan terlalu banyak.

Sebum bagus untuk kulit. Ia berfungsi melindungi kulit daripada bakteria dan mengelak kulit muka menjadi kering.

Manakala keradangan berfungsi sebagai memulakan proses penyembuhan di dalam tubuh badan manusia. Sebenarnya keradangan bagus untuk anda. Tanpa keradangan mungkin anda boleh mati cepat .

Apa yang tidak bagus mengenai keradangan adalah keradangan meningkat kepada tahap kronik. Pemakanan yang tidak sihat boleh memusnahkan sel kulit dan keradang akan menghasilkan banyak sel kulit mati ke tahap kronik.

Ok, biar saya memudahkan anda. Secara asasnya kejadian jerawat adalah penghasilan sebum yang tidak terkawal, sel kulit mati dan bakteria.

Insulin resistant menyebabkan penghasilan sebum yang banyak. Kemudian keradangan kronik menghasilkan sel kulit mati dan menyumbat liang pori. Apabila sebum tidak boleh keluar dengan lancar melalui liang pori disebabkan sel kulit mati tersumbat, bakteria akan membiak di dalam liang pori dan menyebabkan nanah dalaman. Akhirnya jerawat berlaku.

Itu saja yang saya dapat terangkan kaitan Insulin Resistant, Keradangan Kronik dengan Jerawat (macam belajar medical pulak  ). Sekarang kita dah tahu betapa pentingnya tidur yang cukup boleh mengawal Insulin dan keradangan di dalam badan dan mengelakkan jerawat tumbuh.

Jadi aturlah waktu tidur dengan betul. Tidur yang cukup memberi kecergasan badan sepanjang hari. Kulit pun menjadi sihat dan bertenaga.

Sumber: Dr. Haseenah

Tips Merawat Jerawat Ketika Hamil

on Wednesday, September 12, 2012

Oh Jerawat!! Wanita yang mengalami jerawat ketika hamil haruslah lebih berhati-hati dengan ubat-ubatan yang mereka beli dari farmasi. Ini kerana tidak semua ubat-ubatan yang biasa digunakan, sesuai untuk mereka. Ubat-ubatan itu boleh memberikan kemudharatan pada bayi dalam rahim.


Sebenarnya mengalami jerawat (acne) adalah perkara biasa di kalangan wanita yang hamil. Jika jerawat itu tidak berapa teruk, tentu tidak merisaukan. Tetapi jika jerawat itu terlalu teruk, sudah tentu ramai wanita yang berasa malu dan berusaha untuk menghilangkan jerawat itu dengan segera.

Punca bagi pembentukan jerawat di kalangan wanita yang hamil ialah akibat hormone terutama di awal usia kehamilan (trimester pertama). Peningkatan hormone ini akan menggalakkan kulit mengeluarkan minyak.

Minyak pada kulit yang keluar secara berlebihan akan memerangkap tisu kulit yang mati dan menutupi liang-liang pada kulit. Akibatnya kuman pada kulit akan mudah membiak di situ. Jangkitan kuman ini akan menyebabkan radang pada kulit dan pembentukan jerawat.

Namun tidak semua wanita yang hamil akan mengalami jerawat. Wanita-wanita yang berisiko ialah wanita yang pernah mengalami jerawat yang teruk semasa remaja atau wanita yang pernah mengalami jerawat yang teruk pada setiap kali ketika kedatangan haids.

Jika wanita itu tidak mengalami jerawat di awal kehamilan, berkemungkinan besar beliau tidak akan mengalami jerawat di sepanjang kehamilan.

Merawat jerawat ketika hamil agak rumit sedikit. Doktor harus bertanyakan sama ada seorang wanita itu sedang hamil atau tidak. Ini soalan yang perlu ditanyakan kerana kebanyakan ubat jerawat boleh mendatangkan kemudharatan pada bayi atau janin dalam rahem.

Jadi berhati-hatilah ketika membeli ubat yang dijual di farmasi tanpa preskripsi kerana kebanyakan pembantu kedai di farmasi tidak ada pengetahuan mengenai kemudharatan ini. Berjumpalah dengan ahli farmasi atau doctor bagi mengelakkan kemudharatan pada bayi dalam rahem.

Oleh itu secara amnya saya menasihatkan agar haruslah mengelakkan diri daripada ubat-ubatan moden atau herba yang tidak perlu bagi mengelakkan kemudharatan ini.

Bagi mencegah jerawat yang menjadi lebih teruk, bolehlah amalkan tip-tip berikut:


  1. Membasuh muka dengan pembasuh muka dua kali sehari
  2. Jangan menggosok muka dengan kain yang kotor atau menggosok terlalu kuat kerana akan menyebabkan jerawat bertambah teruk.
  3. Gunakan tuala untuk mengeringkan muka dengan cara menepuk-nepuk dan bukan menggosok kulit muka
  4. Pastikan menggunakan pelembap muka tanpa minyak (oil-free moisturizer)
  5. Jangan memicit jerawat kerana akan menyebabkan jerawat meninggalkan parut yang besar
  6. Jika menggunakan mekap, gunakan mekap “water-based” dan bukan “oil-based”. Ada kalanya dilabel sebagai “noncomedogenic” atau “nonacnegenic,” bermakna tidak menyumbatkan liang pada muka dan menyebabkan jerawat.
  7. Pastikan menanggalkan mekap sebelum tidur.


Jika tip-tip ini tidak berkesan kerana mengalami jerawat yang terlalu teruk, bolehlah mengambil kream untuk disapukan pada kulit. Menggunakan kream adalah lebih baik kerana ia mengurangkan kesan ubat yang masuk ke dalam sistem darah dan seterusnya akan sampai kepada bayi dalam rahem.

Sekali lagi, saya menasihatkan sebelum menggunakan ubat-ubatan untuk merawat jerawat haruslah mendapat preskripsi dari doctor atau nasihat dari ahli farmasi.

Bagi wanita yang tidak hamil, penggunaan pil antibiotic adalah cara terbaik membunuh bakteria yang membiak di liang-liang kulit. Bagi mengurangkan kesan mudharat pada bayi, ubat antibiotic ini harus diambil dalam bentuk kream.

Selalunya doctor akan memberikan pil antibiotic tetracycline, tetapi antibiotic tidak sesuai untuk wanita hamil kerana akan menyebabkan kemudharatan pada bayi. Kream antibiotic tetracycline juga ada dijual di farmasi. Namun bagi wanita hamil, penggunaan kream tetracycline masih tidak selamat.

Doktor selalunya memberikan kream antibiotic erythromycin yang lebih selamat tetapi harus mendapat preskripsi doctor dahulu. Selain kream antibiotic, kream Azelaic acid (Azelex), yang merupakan krim bukan antibiotic yang lebih selamat.

 Penggunaan krim benzoyl peroxide masih dalam kontroversi. Walaupun belum terdapat laporan bahawa kream ini memberikan mudharat pada bayi, tetapi belum banyak kajian mengenainya. Jadi keselamatan untuk bayi masih belum terjamin.

Penggunaan krim isotretinoin dan antibiotik lain seperti minocycline dan doxycycline ketika hamil harus dielakkan. Jika krim yang digunakan masih tidak berkesan, saya cadangkan untuk berjumpa dengan pakar kulit, dermatologist.

 Kebanyakan jerawat akan beransur-ansur hilang setelah melahirkan anak. Jadi pertimbangkan manfaat dan kemudharatan yang bakal diterima oleh bayi dalam rahim, dalam usaha untuk merawat jerawat ketika hamil.

Sumber: Dr Zubaidi

Cara Mencuci Muka Untuk Hilangkan Jerawat

on Tuesday, September 4, 2012


Oh Jerawat!! Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk mencuci muka. Namun, ramai yang tersalah gunakan teknik untuk mencuci muka. Teknik atau cara yang betul penting kektika mencuci muka supaya ianya dapat menghilangkan jerawat. 

Mencuci muka dapat mengembalikan kesegaran kulit. Lebih-lebih lagi selepas anda beriadah, balik dari kerja dan melakukan aktiviti yang mendedahkan anda kepada persekitaran yang kurang bersih. Cuci muka juga dapat menghilangkan jerawat dan mencegah penumbuhan jerawat. Kalau anda nak tahu cuci muka adalah satu rahsia kecantikan artis dan model terkenal.

Saya pasti anda pun mencuci muka juga. Tetapi adakah anda mencuci dengan betul? Ikutilah lima langkah mudah cara mencuci muka dengan betul. Bahan yang perlu ada: Pencuci muka, dua tuala muka, cotton ball, toner, pelembab/Moisturizer dan air bersih.


Cara Mencuci Muka Untuk Hilangkan Jerawat

Langkah 1: Cuci Tangan

Cuci tangan sebelum anda mencuci muka. Maksud saya cuci dengan bersih dan teliti seperti di tapak tangan, celah jari dan kuku. Lagi bagus jika anda dapat menggunakkan sabun anti-bakteria. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda .

Langkah 2: Buang Kotoran Pada Muka

Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan air bersih. Kemudian lap muka dengan tuala muka. Pastikan tiada kesan make up yang tertinggal untuk mengelakkan make up bercampur dengan pencuci muka.

Langkah 3: Cuci Muka Menggunakan Pencuci Muka

Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda (cth: jenis untuk kulit yang berminyak atau kulit kering). Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka. Pastikan tiada bahagian yang tertinggal seperti di sisir rambut, celah hidung dan telinga dan di bawah dagu.

Langkah 4: Bilas Muka

Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. Sapu toner pada muka dengan menggunakan cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.(Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)

Langkah 5: Pelembap Muka

Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda sebab penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit anda.

Hanya lima langkah untuk memiliki muka yang bersih dan berseri-seri. Mudah bukan?? Jangan lupa cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam supaya kulit sentiasa sihat dan bermaya.

Lagi 5 Mitos Popular Cara Menghilangkan Jerawat

on Thursday, August 30, 2012


Mungkin anda pernah mendengar banyak tipsmenghilangkan jerawat. Adakah anda tahu kebanyakkan tips yang anda dengar ada yang benar dan ada yang tidak benar? Hari ini saya akan mendedahkan lima mitos yang popular serta penjelasannya yang patut anda tahu. Kebanyakkan mitos ini bukan saja tidak dapat merawat jerawat, malah boleh memburukkan lagi keadaan jerawat anda.



Lagi 5 Mitos Popular Cara Menghilangkan Jerawat;


1. Mencuci muka terlalu kerap boleh menghilangkan jerawat

Kebanyakkan jerawat yang berlaku bukan disebabkan kotoran. Dinding liang pori sebenarnya jauh di dalam kulit dan sukar kotoran pada permukaan kulit hendak sampai ke bawah.(berbeza dengan iklan di TV). Mencuci muka sebenarnya untuk membuang kotoran dan sel kulit mati pada permukaan kulit sahaja.

Pencucian muka yang kerap dan kuat dapat membukakan lagi dinding liang pori dan menolak kotoran sampai ke dinding liang pori. Akibatnya liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat berlaku. Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari dengan perlahan-lahan. Baca tips cara mencuci muka dengan betul (klik sini)

2. Stress penyebab jerawat

Stress memberi kesan kepada hormon anda. Tindak balas hormon akibat stress menyebabkan kelenjar minyak pada liang pori menjadi aktif yang akan mengeluarkan sebum/minyak dan menghasilkan kulit mati dengan banyak.

Akibatnya jerawat akan tumbuh jika anda tidak mencuci dengan segera. Kebanyakkan punca stress disebabkan oleh kekurangan tidur. Jika anda kekurangan waktu tidur, jangan terkejut jika jerawat tumbuh di muka selepas anda bangun dari tidur . Mitos ini boleh diterima dan digunakan.

3. Matahari membantu menghilangkan jerawat

Berjemur di bawah sinaran matahari selama 10 – 20 minit sehari boleh membantu menghilangkan jerawat terutamanya jerawat yang tumbuh di bahagian badan. Di samping membekalkan Vitamin D (bagus untuk kulit anda  ) matahari juga dapat membunuh bakteria di permukaan kulit.

Apa yang tidak elok adalah terdedah pada matahari terlalu lama iaitu sekitar satu jam ke atas. Akibatnya matahari akan merosakkan kulit dan menyebabkan kulit anda terasa gatal. Simptom ini tidak menyebabkan jerawat serta merta. Biasanya dalam masa satu ke dua minggu jika tidak dirawat dengan segera jerawat akan tumbuh. Jika anda mempunyai jerawat, cuba ingat kembali adakah anda terdedah pada matahari terlalu lama pada minggu yang lepas? . Jadi, elakkan diri anda terdedah daripada sinaran matahari terlalu lama.

4. Picit jerawat boleh menghilangkan jerawat dengan cepat

Saya rasa anda sendiri pun tahu picit jerawat boleh memudaratkan lagi keadaan jerawat tetapi ramai yang masih melakukannya. (maybe picit jerawat sebab geram kot  ). Walau apa pun alasan jerawat masih tidak boleh di picit sewenang-wenangnya.

Ramai yang menyangka memicit jerawat dengan tangan adalah mengeluarkan jerawat dari permukaan kulit. Pernyataan ini salah. Memicit jerawat sebenarnya anda menolak lagi bakteria, minyak dan sel kulit mati jauh di dalam kulit.

Akibatnya kulit akan luka, bengkak dan kemerahan. Bagi yang bernasib baik ia akan meninggalkan kesan parut hitam yang mengambil masa berbulan-bulan untuk hilang. Bagi yang kurang bernasib baik ia akan meninggalkan parut berlubang selama-lamanya. So, jangan picit jerawat ya!

5. Anda perlu membiarkan saja untuk jerawat sembuh

Mungkin anda sudah berputus asa setelah mencuba pelbagai produk dan cara untuk menghilangkan jerawat tetapi tidak berjaya dan anda mengambil keputusan untuk membiarkan saja jerawat itu sembuh sendiri.

Jangan biarkan jerawat anda begitu saja. Ia tak kan sembuh sendiri malah akan bertambah teruk jika tidak dirawat. Sebenarnya jerawat boleh sembuh kalau kena pada caranya. Tak ada rahsia untuk memiliki kulit yang cantik, bersih dan licin.

Jika anda masih tidak berjaya menghilangkan jerawat selepas mencuba pelbagai produk, nasihat saya berhenti membazirkan wang dan masa anda mencuba produk jerawat yang lain. Beralih ke cara lain iaitu berjumpa doktor pakar kulit. Beliau akan memberikan nasihat serta ubat yang bersesuaian dengan kulit anda. (saya rasa pelik sebab terdapat banyak jenis produk jerawat di pasaran tetapi masih ramai yang menderita dengan masalah jerawat mereka. Anda tak rasa pelik?)

Walau pun mendapatkan khidmat doktor pakar memerlukan pelaburan yang agak besar tetapi ia berbaloi dan mungkin anda dapat mengatasi masalah jerawat selama-lamanya.

Nasihat saya yang terakhir jumpalah doktor pakar sebelum anda mencuba apa-apa jenis produk jerawat untuk menyelamatkan kulit muka anda daripada berjerawat teruk.
 
© Oh Jerawat All Rights Reserved