-->

Tips & Cara Menghilangkan Parut Jerawat Version 2

on Friday, May 10, 2013

Oh Jerawat!! Itulah perkataan yang sering terkeluar dari mulut atau terlintas dalam hati anda takala melihat wajah anda pada cermin. Ia memange memberikan seribu kerungsingan pada diri. Sehingga anda tercari-cari bagaimana caranya untuk meghilangkan parut jerawat yang terdapat di muka? Anda berasa malu dengan pandangan orang sekeliling? Usah risau disini disertakan petua untuk menghilangkan masalah parut jerawat version 2. Ingatlah, sesungguhnya kita digalakkan untuk berusaha merubah nasib diri kita. Jadi jangan patah semangat dan cuba ikhtiar sedaya mungkin untuk cuba menghilangkan parut jerawat.

Tips & Cara Menghilangkan Parut Jerawat V2:

• Parut jerawat baru yang kelihatan hitam dapat diatasi dengan melakukan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati. Lakukan scrub seminggu 2 kali atau mengikut peraturan pemakaian dan hasilnya kulit akan kelihatan sihat dan mulus.Tapi jangan lakukan scrub ketika kulit berjerawat dan meradang kerana ini akan menyebabkan radang menjadi semakin teruk.

• Selain itu, boleh menggunakan sabun yang mengandungi glikolic acid atau AHA, untuk menanggalkan sel kulit mati. Agar jerawat tidak berparut hitam atau berbekas , elakkan dari memicit jerawat kerana dapat merosakkan struktur kulit. Ini menyebabkan parut menjadi semakin gelap dan susah untuk dihilangkan.

• Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

• Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.

• Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

• Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

• Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

• Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Bagaimana dengan petua-petua tersebut? Diharapkan tips & cara yang dikongsikan disini dapat membantu anda.  Jangan anda cuba kesemuanya sekaligus tau. Cuba tips tersebut satu persatu untuk test mana satu yang bersesuaian dengan kulit anda. Selain artikel ini, anda boleh juga mencuba tips, cara atau petua artikel dibawah;
Diharap anda semua tidak patah semangat untuk terus mencuba menghilangkan parut jerawat kerana kesesuaian setiap orang ialah berbeza mengikut kesesuaian jenis kulit anda. Saya doakan semoga anda semua berjaya. 

Cara Nak Jahit Baju Kurung Moden

Cara Nak Jahit Baju Kurung Moden


Jika anda sedang tercari-cari cara untuk MENAMBAH PENDAPATAN? Inilah penyelesaian yang REALISTIK. Belajar menjahit dan ambil upah menjahit baju orang lain.

Mulakan dengan belajar menjahit baju kurung sendiri dulu. Kemudian ambil upah menjahit baju secara kecil-kecilan. Kemudian buka kedai jahit atau butik sendiri. Pastinya lumayan, kan? Kalau ada kedai jahit sendiri dan ada pekerja sendiri…lagilah lumayan!!! SEGALANYA MUNGKIN! Inilah titik permulaan untuk mengubah hidup anda!!

Apa faedahnya belajar menjahit:


1) Mengurangkan kos membeli dan menempah baju.. (Hari Raya, kenduri, baju sekolah anak-anak, baju baru…)
2) Tambah pendapatan (ambil upah menjahit)
3) Mengisi masa lapang dengan hobi yang bermanfaat

Dan banyak lagi…

Apa kelebihan panduan ini:


1) Senang difahami dan diikuti walaupun anda LANGSUNG TIADA ASAS DALAM JAHITAN.
2) Jaminan pulangan wang 100% dalam tempoh 30 hari jika tidak berpuas hati.
3) Tidak perlu menghadiri kelas menjahit, boleh belajar bila-bila masa.
4) Menjimatkan kos. Kelas menjahit baju kurung berharga sehingga RM200. Harga ebook ini tidak sampai RM50 pun…

Dan banyak lagi kelebihan lain…


Seperti pelajari asas menjahit baju kurung, mengambil ukuran, melukis pola, memotong kain, menjahit kain, menjahit poket baju, menjahit pinggang kain dan lain-lain. Semuanya ditunjukkan dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan langkah demi langkah yang mudah difahami dan diikuti secara praktikal.


Terdapat 4 jenis panduan belajar menjahit yang disediakan oleh penulis Salmawati iaitu;
  1. Panduan Lengkap Jahit Baju Kurung Tradisional
  2. Panduan Lengkap Jahit Baju Kurung Riau & Pahang
  3. Panduan Lengkap Jahit Baju Kurung Moden
  4. Panduan Lengkap Jahit Baju Melayu & Seluar

Untuk keterangan lanjut boleh klik ke website >> Belajar Menjahit Pelbagai Jenis Fesyen Baju..

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Mengatasi Kulit Berminyak

on Tuesday, April 16, 2013

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Mengatasi Kulit Berminyak

Muncul jerawat boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Antaranya jerawat muncul adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan manusia. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadiran jerawat ialah berdasarkan keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan, stress, kemurungan dan cuaca. Selain itu, kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin juga merangsang munculnya jerawat. Manakala, kulit yang berminyak juga boleh mengundang kepada kemunculan jerawat. Jerawat disebabkan oleh tersumbatnya inflamasi kelenjar sebum. Oleh itu untuk mencegah jerawat dari muncul, anda patut mengatasi kulit berminyak:


  1. Kurangkan makanan berminyak
  2. Minum air dengan banyak setiap hari
  3. Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas keluar dari rumah, setidak-tidaknya lapkan muka dan leher anda dengan tisu lembap.
  4. Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
  5. Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.
  6. Merawat muka berminyak dengan masker buah epal


Tips 6: Cara merawat muka berminyak dengan masker buah epal merah/ hijau


Ambil sebiji buah epal, kemudian potong dan masukkan dalam mesin pengisar, kisar epal tersebut sehingga halus tanpa menggunakan air. Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Kemudian ratakan epal yang sudah hancur @ menjadi masker keseluruh wajah. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan menggunakan air suam dan kemudian air sejuk. Lakukan sekurangnya sekali seminggu. Insyaallah lihatlah hasilnya muka tidak lagi berminyak malahan makin lembut serta mulus. Selamat mencuba.

Bebaskan Dirimu Dari Masalah Jerawat

on Saturday, March 16, 2013

Salam hujung minggu ya... Maaf ye jika ada kesempatan saya akan berkongsi info, tips, petua dan panduan bagi menghilangkan jerawat. Cuma kadang-kadang kekangan masa menghalang saya untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai masalah jerawat. Kita digalakkan untuk sentiasa berusaha untuk berikhtiar menyelesaikan setiap penyakit dialami termasuklah jerawat. Harap rakan-rakan tak patah semangat ye.



Hari ini saya nak berkongsi artikel yang bukan ditulis oleh saya tapi oleh penulis kolumnis Majalah Jelita. Harap ianya dapat dijadikan panduan yang bagus buat semua.

Jerawat selalunya muncul pada muka, leher, dada dan juga belakang bahu kerana kalenjar minyak banyak dihasilkan. Anda boleh mengelakkan jerawat daripada berlaku sekiranya anda mengikut tip ini.

1. Jangan biarkan diri anda berjemur di bawah terik matahari.

Sinar UV boleh menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Juga ada produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

2. Gunakan pelindung suria bebas minyak.

Gunakan pelindung suria atau pelembab yang mempunyai sun protection factor (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran UVA dan juga UVB. Cari produk dilabelkan non-comedogenic yang tidak menyumbatkan liang roma.

Sumber asal: RAJA NOR AZEDA RAJA UDA, Majalah Jelita, Bebas Jerawat

Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka

on Wednesday, February 13, 2013

Oh Jerawat!! Artikel kali ini saya ingin berkongsi tips atau perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka. Ini kerana teknik cucian yang sempurna dapat memberikan kesegaran pada wajah dan ia juga mampu mencegah pertumbuhan jerawat dan menghilangkan jerawat. Mencuci muka ini adalah bertujuan untuk membersihkan muka daripada kesan make up, kotoran, lebihan minyak dan juga sel kulit mati.

Sebelum ini saya pernah memberikan tips mencuci muka dengan betul. Kali ini saya akan membincangkan empat perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka.


Empat Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka adalah:

1. Jangan keterlaluan semasa mencuci muka

Mungkin anda terlalu obses semasa mencuci muka. Mengguna pencuci muka terlalu banyak, cuci muka terlalu lama, menggosok muka dengan kuat dan mencuci muka dengan kerap sebenarnya tidak bagus. Cara cucian begini tidak akan menghilangkan jerawat malah ia merosakkan lagi kulit muka anda.

Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari. Gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan supaya peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar di seluruh muka anda.

2. Jangan menggunakkan sabun ketul atau sabun mandi

Sabun mandi tidak sesuai dengan muka sebab kulit muka lebih sensitif berbanding dengan kulit badan. Penggunaan sabun mandi akan menyebabkan kulit muka anda menjadi lebih kering dan menghilangkan kelembapan pada wajah anda.

Sebaiknya gunalah pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda sensitif gunakan pencuci muka yang bebas aroma/wangian, untuk kulit berminyak pilih pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih dan bagi anda yang berkulit kering gunakan pencuci muka yang mengandungi formula kelembapan.

3. Elakkan menggunakan pencuci muka atau toner yang mengandungi alkohol dan bahan kimia berbahaya.

Saya rasa anda pun tahu bahan kimia tidak elok untuk kesihatan. Biasanya simptom awal kesan daripada bahan kimia adalah anda akan mengalami kegatalan pada wajah anda.

Jika anda mengalami simptom ini, nasihat saya berhenti menggunakan pencuci muka tersebut dan dapatkan rawatan doktor sebelum ia menjadi lebih teruk.

4. Jangan menggunakan air terlalu panas atau terlalu sejuk.

Menggunakan air terlalu panas dapat mencederakan kulit muka. Penggunakan air terlalu sejuk pula membuat kulit anda rasa terkejut yang melemahkan peredaran darah dan oksigen. Saya sarankan anda gunakan air suam-suam kuku. Tak telalu panas dan tak terlalu sejuk.

Empat perkara ini amat penting untuk dielakkan supaya dapat memberi kesan yang terbaik semasa mencuci muka. Kulit muka yang sihat adalah hasil daripada penjagaan yang baik dan sempurna oleh diri kita sendiri. Semoga kulit muka menjadi bersih dan sihat kembali. Perangi Jerawat Untuk Hidup Yang Lebih Ceria dan Sihat :)
 
© Oh Jerawat All Rights Reserved