-->

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Mengatasi Kulit Berminyak

on Tuesday, April 16, 2013

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Mengatasi Kulit Berminyak

Muncul jerawat boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Antaranya jerawat muncul adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan manusia. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadiran jerawat ialah berdasarkan keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan, stress, kemurungan dan cuaca. Selain itu, kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin juga merangsang munculnya jerawat. Manakala, kulit yang berminyak juga boleh mengundang kepada kemunculan jerawat. Jerawat disebabkan oleh tersumbatnya inflamasi kelenjar sebum. Oleh itu untuk mencegah jerawat dari muncul, anda patut mengatasi kulit berminyak:


  1. Kurangkan makanan berminyak
  2. Minum air dengan banyak setiap hari
  3. Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas keluar dari rumah, setidak-tidaknya lapkan muka dan leher anda dengan tisu lembap.
  4. Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
  5. Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.
  6. Merawat muka berminyak dengan masker buah epal


Tips 6: Cara merawat muka berminyak dengan masker buah epal merah/ hijau


Ambil sebiji buah epal, kemudian potong dan masukkan dalam mesin pengisar, kisar epal tersebut sehingga halus tanpa menggunakan air. Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Kemudian ratakan epal yang sudah hancur @ menjadi masker keseluruh wajah. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan menggunakan air suam dan kemudian air sejuk. Lakukan sekurangnya sekali seminggu. Insyaallah lihatlah hasilnya muka tidak lagi berminyak malahan makin lembut serta mulus. Selamat mencuba.

Bebaskan Dirimu Dari Masalah Jerawat

on Saturday, March 16, 2013

Salam hujung minggu ya... Maaf ye jika ada kesempatan saya akan berkongsi info, tips, petua dan panduan bagi menghilangkan jerawat. Cuma kadang-kadang kekangan masa menghalang saya untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai masalah jerawat. Kita digalakkan untuk sentiasa berusaha untuk berikhtiar menyelesaikan setiap penyakit dialami termasuklah jerawat. Harap rakan-rakan tak patah semangat ye.



Hari ini saya nak berkongsi artikel yang bukan ditulis oleh saya tapi oleh penulis kolumnis Majalah Jelita. Harap ianya dapat dijadikan panduan yang bagus buat semua.

Jerawat selalunya muncul pada muka, leher, dada dan juga belakang bahu kerana kalenjar minyak banyak dihasilkan. Anda boleh mengelakkan jerawat daripada berlaku sekiranya anda mengikut tip ini.

1. Jangan biarkan diri anda berjemur di bawah terik matahari.

Sinar UV boleh menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Juga ada produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

2. Gunakan pelindung suria bebas minyak.

Gunakan pelindung suria atau pelembab yang mempunyai sun protection factor (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran UVA dan juga UVB. Cari produk dilabelkan non-comedogenic yang tidak menyumbatkan liang roma.

Sumber asal: RAJA NOR AZEDA RAJA UDA, Majalah Jelita, Bebas Jerawat

Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka

on Wednesday, February 13, 2013

Oh Jerawat!! Artikel kali ini saya ingin berkongsi tips atau perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka. Ini kerana teknik cucian yang sempurna dapat memberikan kesegaran pada wajah dan ia juga mampu mencegah pertumbuhan jerawat dan menghilangkan jerawat. Mencuci muka ini adalah bertujuan untuk membersihkan muka daripada kesan make up, kotoran, lebihan minyak dan juga sel kulit mati.

Sebelum ini saya pernah memberikan tips mencuci muka dengan betul. Kali ini saya akan membincangkan empat perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka.


Empat Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka adalah:

1. Jangan keterlaluan semasa mencuci muka

Mungkin anda terlalu obses semasa mencuci muka. Mengguna pencuci muka terlalu banyak, cuci muka terlalu lama, menggosok muka dengan kuat dan mencuci muka dengan kerap sebenarnya tidak bagus. Cara cucian begini tidak akan menghilangkan jerawat malah ia merosakkan lagi kulit muka anda.

Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari. Gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan supaya peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar di seluruh muka anda.

2. Jangan menggunakkan sabun ketul atau sabun mandi

Sabun mandi tidak sesuai dengan muka sebab kulit muka lebih sensitif berbanding dengan kulit badan. Penggunaan sabun mandi akan menyebabkan kulit muka anda menjadi lebih kering dan menghilangkan kelembapan pada wajah anda.

Sebaiknya gunalah pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda sensitif gunakan pencuci muka yang bebas aroma/wangian, untuk kulit berminyak pilih pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih dan bagi anda yang berkulit kering gunakan pencuci muka yang mengandungi formula kelembapan.

3. Elakkan menggunakan pencuci muka atau toner yang mengandungi alkohol dan bahan kimia berbahaya.

Saya rasa anda pun tahu bahan kimia tidak elok untuk kesihatan. Biasanya simptom awal kesan daripada bahan kimia adalah anda akan mengalami kegatalan pada wajah anda.

Jika anda mengalami simptom ini, nasihat saya berhenti menggunakan pencuci muka tersebut dan dapatkan rawatan doktor sebelum ia menjadi lebih teruk.

4. Jangan menggunakan air terlalu panas atau terlalu sejuk.

Menggunakan air terlalu panas dapat mencederakan kulit muka. Penggunakan air terlalu sejuk pula membuat kulit anda rasa terkejut yang melemahkan peredaran darah dan oksigen. Saya sarankan anda gunakan air suam-suam kuku. Tak telalu panas dan tak terlalu sejuk.

Empat perkara ini amat penting untuk dielakkan supaya dapat memberi kesan yang terbaik semasa mencuci muka. Kulit muka yang sihat adalah hasil daripada penjagaan yang baik dan sempurna oleh diri kita sendiri. Semoga kulit muka menjadi bersih dan sihat kembali. Perangi Jerawat Untuk Hidup Yang Lebih Ceria dan Sihat :)

Kenali Keluarga Besar Jerawat [GAMBAR]

on Tuesday, January 15, 2013

3 Teknik Berbeza Menghilangkan Jerawat Cara Berkesan

on Thursday, November 29, 2012


OHJERAWAT! Pasti ramai yang mengeluh mengenai jerawat setiap kali menatap wajah dihadapan cermin. Bilakah jerawat dekat muka aku ni nak hilang?? Bagaimana cara berkesan untuk menghilangkan jerawat? 

Sekiranya di tanya tidak ada seorang pun yang suka mempunyai jerawat terutamanya di bahagian muka. Kalau boleh, muka hendaklah sentiasa licin. Siapa yang tidak mahu nampak cantik terutamanya orang perempuan. Orang lelaki pun tidak kurangnya ingin sentiasa kelihatan hensem tanpa jerawat. Oleh kerana ingin mengelak daripada adanya jerawat, sesetengah mereka tidak sabar sehingga mengambil keputusan untuk mengupas atau mencungkil jerawat tersebut dan akhirnya meninggalkan kesan parut jerawat atau bintik hitam dimuka. Niat nak hilangkan jerawat tetapi makin teruk jadinya sehingga nampak parut atau bekas jerawat.


Sebab itu, kita hendaklah tahu bagaimana cara hendak menghilangkan jerawat dengan mudah dan berkesan tanpa meninggalkan kesan parut jerawat di muka. Di sini, ingin saya berkongsi 3 cara yang berbeza untuk menghilangkan jerawat.

1) Menghilangkan Jerawat Menggunakan Sumber Alam (Kaedah Tradisional)

Kaedah tradisional ini antara kaedah yang popular yang banyak di amalkan untuk menghilangkan jerawat. Selain itu kaedah tradisional ini tidak melibatkan kos yang besar dan sumbernya boleh di dapati di mana-mana sahaja.

Di antaranya adalah dengan menggunakan lidah buaya di mana lidah buaya itu dikupas kulitnya dan disapukan di bahagian muka yang berjerawat pada setiap pagi dan petang. Selain menggunakan lidah buaya, lemon atau jeruk nipis yang di campur dengan air mawar. Lemon, jeruk nipis ini didapati sangat kaya dengan citric asid yang berkesan untuk memulihkan sel-sel kulit mat yang menyebabkan jerawat.

Selain menggunakan tumbuh-tumbuhan, putih telur juga boleh di gunakan untuk menghilangkan jerawat. Putih telur ini amat berkesan untuk membantu mengurangkan minyak di wajah yang seringkali menyebabkan timbulnya jerawat.

2) Menghilangkan Jerawat Dengan Menggunakan Bahan Kimia (Kaedah Moden)

Penggunaan bahan kimia juga didapati dapat membantu menghilangkan jerawat di muka. Ini kerana salah satu cara untuk memastikan supaya jerawat itu tidak muncul kembali adalah dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkan jerawat.

Di antara bahan-bahan kimia yang selalu digunakan untuk merawati jerawat adalah seperti krim jerawat yang biasa di dapati di pasaran seperti Benzoyl Peroxide. Fungsi Benzoyl Peroxide ini adalah untuk membunuh kuman dan menghilangkan kesan jerawat. Penggunaan krim seperti ini hanya berkesan sekiranya digunakan secara konsisten.

Selain Benzoyl Peroxide, kaedah moden yang boleh di amalkan untuk menghilangkan jerawat adalah dengan menggunaka Accutane. Accutane ini merupakan pil yang sangat kuat dan biasanya di gunakan untuk merawat jerawat batu yang meninggalkan kesan parut atau jerawat yang di dapat dirawat dengan cara yang lain. Namun begitu, penggunaan Accutane ini hanya boleh digunakan atau didapati setelah merujuk dan mendapat nasihat doktor.

3) Menghilangkan Jerawat Dengan Mengamalkan Cara Hidup Yang Sihat

Pengamalan cara hidup yang sihat juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan atau menghilangkan jerawat.Cara ini sangat berkesan kerana amat mudah dilakukan namun memerlukan disiplin dan konsisten dalam melakukannya. Sekiranya seorang itu merasa malas dan tidak berdisiplin maka kaedah ini tidak berkesan.

Tidur yang cukup merupakan salah satu pengamalan cara hidup yang sihat. Berdasarkan kajian yang dijalankan, kulit kita juga memerlukan rehat yang cukup maka tidur yang cukup dan teratur akan membantu kulit itu beregenerasi dan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga saat kita bangun pada keesokan harinya dan kulit akan menjadi lebih segar.

Selain tidur yang cukup, mengamalkan makanan seperti sayuran dan buah-buahan juga dapat membantu menghilangkan jerawat. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit. Pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin E terutamanya sangat membantu mencegah atau menghilangkan jerawat.

Terdapat banyak lagi kaedah-kaedah yang lain yang dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat dan sekaligus membantu mencegah jerawat daripada tumbuh kembali. Anda boleh memilih salah satu cara yang anda rasakan sesuai untuk anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kita juga boleh mempelajari kaedah atau cara menghilangkan jerawat melalui nasihat pakar atau doktor kulit yang lebih arif dalam menghilangkan jerawat dengan berkesan. 
 
© Oh Jerawat All Rights Reserved