-->

Siapa Dr Hasseenah Hassan?

on Friday, June 1, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Pasti ramai yang tertanya2 siapa Siapa Dr Hasseenah Hassan? Adakah beliau pakar sehingga menerbitkan ebook "Bagaimana Merawat Jerawat dalam 60 Hari".


Dr Hasseenah Hassan merupakan seorang lulusan Ijazah Perubatan MD (1991) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang pengamal perubatan bertauliah selama lebih kurang 20 tahun dan melangkah setapak ke hadapan dengan membuka kliniknya sendiri pada tahun 1997.

Beliau amat berminat untuk mengkaji dan menambah ilmu pengetahuannya di dalam bidang rawatan jerawat dan jeragat. Menyedari adanya permintaan dari pesakit-pesakit beliau mengenai masalah jerawat dan jeragat, beliau telah menubuhkan Klinik Jerawat dan Jeragat beliau sendiri yang memfokuskan mengenai rawatan dan pencegahan jerawat serta jeragat pada tahun 2006. Sepanjang penubuhan klinik ini, beliau telah berjaya membantu seramai 800 pesakit untuk mengatasi masalah jerawat dan jeragat mereka.

Untuk memantapkan lagi kepakaran beliau dalam bidang rawatan jerawat, Dr Hasseenah telah mengikuti beberapa kursus-kursus yang berkaitan seperti:


  • Certificate Course in Dermatology for Family Phycisian yang dianjurkan oleh Academy of Family Phycisian.
  • Diplomate in American Academy of Restorative & Aesthetic Medicine ( AARAM ) .
  • Beliau juga mendapat tunjuk ajar dari Dr Ranjit Singh (bekas pensyarahnya dan Pakar Kulit yang beroperasi di Subang Jaya) dan Dr Ko Chung Beng ( Pakar Kulit yang beroperasi di Klang).


Dr Hasseenah juga melakukan kajian-kajian beliau sendiri mengenai masalah jerawat serta jeragat dan kini telah pun mengeluarkan produk penjagaan/pencegahan/rawatan jerawat dan jeragat beliau sendiri. Beliau juga telah menulis sebuah e-book mengenai rawatan serta pencegahan jerawat . Ebook ‘Rahsia Jerawat Terbongkar’ boleh didapati di klinik online drhasseenah pada link SINI.

Dr Hasseenah tidak lagi mengamalkan klinik kesihatan awam tetapi lebih menumpukan kepada bidang jerawat dan jeragat.

Jangan risau walaupun anda hanya belajar dari eBook,  Dr Hasseenah  masih memberikan support sepenuhnya melalui komunikasi di Internet. Jika ada yang tak faham, terus sahaja tanya beliau. Peluang sebegini seharusnya tidak dilepaskan oleh mereka yang ingin mengikut jejak langkah beliau. Anda tak perlu lagi ragu-ragu samaada tindakan anda betul atau sebaliknya kerana anda dibimbing oleh pakar jerawat yang berpengalaman luas.


Perbezaan Jerawat Dan Resdung

on Wednesday, May 30, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia..  

Bagi entri kali ini, saya akan kongsikan dengan anda jenis-jenis jerawat. Di samping itu, saya juga akan menerangkan kepada anda perbezaan-perbezaan antara jerawat dan resdung agar anda lebih peka terhadap masalah jerawat sebenar yang mungkin melanda diri anda, keluarga anda ataupun rakan-rakan anda. Seperti yang anda sedia maklum, jerawat dikategorikan sebagai penyakit kronik yang dihidapi oleh hampir 80% individu di negara kita.
Oleh itu mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:
1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
  • Whiteheads – belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
  • Blackheads – belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
  • Papules – radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
  • Pustules – radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.
2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)
  • Nodul – bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
  • Sista (cyst) – timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)
Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.
4. Pyodermafaciale folliculitis
Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:
Jerawat (Acne):
  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
Resdung (Sinusitis)
  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.
Saya harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus membezakannya dengan penyakit resdung

Sumber: doktor pakar jerawat

Jenis Jerawat dan Cara Mengatasinya

on Tuesday, May 29, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.. Akne atau jerawat merupakan masalah kulit yang biasa dihadapi oleh semua peringkat umur. Walaupun tumbuh dalam pelbagai bentuk namun smuanya bermula dari cara yang sama iaitu dari folikel yang tersumbat. Akne mula berlaku antara 2 hingga 3 minggu sebelum keradangan timbul di muka. Kebiasannya pembentukan akne disebabkan oleh masalah hormone dalam badan, penghasilan minyak pada kulit, perubahan folikel, jangkitan bacteria dan preskripsi ubat yang tertentu.

Jenis Jerawat dan Cara Mengatasinya

Jenis-jenis jerawat


(1) BINTIK PUTIH

Bintik putih merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. Keradangan akne berlaku apabila bintik putih dijangkiti oleh bakteria dan menyebabkan ianya membengkak.

(2) BINTIK HITAM

Bintik hitam merupakan comedon terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel, dimana dinding kulit telah pecah. Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. Warna pada bintik hitam ini disebabkan oleh pengumpulan melanin dalam kulit.

(3) PAPULES

Berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak. Papules selalunya timbul dalam keadaan bengkak dan keras yang besarnya kurang dari 5mm.

(4) PUSTULES

Berbentuk kubah, bengkak seperti papules tetapi lebih sensitive. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran sel-sel darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. Nanah yang terkumpul di dalam akne ini boleh kelihatan di dalam kulit. Pustules yang sembuh tanpa bertukar menjadi cysts, biasanya tidak meninggalkan parut.

(5) CYSTS

Cysts adalah benjolan tertutup yang boleh menjadi sebesar manik dan sngat sakit. Ia lebih besar daripada pustules dan terjadi jauh ke dalam lapisan kulit, ia boleh merosakkan struktur tisu kulit dan menyebabkan parut. Mencuci muka secara berlebihan akan hanya memburukkan dan melambatkan lagi proses pemulihan kulit.

Bagi memperolehi kulit cantik, langkah pencucian dan melembap adalah amat penting. Pilihan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit amat penting supaya ia tidak akan menyebabkan liang roma tersumbat. Tanpa penjagaan yang yang baik boleh mengakibatkan jangkitan mikro yang akhirnya akan bertukar menjadi akne. Bagi anda yang mengalami masalah akne seharusnya menggunakan pelembap yang berbentuk gel atau losyen atau krim yang ringan kerana pelembap jenis ini adalah lebih mudah meresap dan tidak akan membuatkan liang tersumbat.

Tips mengatasi masalah jerawat


(1) Pastikan anda menggunakan tuala muka yang bersih setiap kali anda mencuci muka bagi mengelakkan pertumbuhan bacteria pada kain yang lembap.

(2) Jika jerawat anda lebih tertumpu pada bahagian dagu dan rahang, telefon anda mungkin puncanya. Bersihkan gagang telefon dengan alcohol atau hydrogen peroxide.

(3) Manjakan wajah sekurang-kurangnya 2-3 minggu sekali dengan melakukan rawatan di salun-salun kecantikan.

(4) Gunakan pencuci muka yang ringan dan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit.

(5) Jangan selalu menyentuh wajah anda kerana ini boleh menyebarkan bacteria di muka anda dan menyebabkan akne.


Sumber: Majalah NUR, m/s 192, (September 2005)

Tips Petua Menghilangkan Parut

on Monday, May 28, 2012


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.. Sesetengah orang mudah hilang keyakinan diri apabila mempunyai parut. Oleh sebab hilang keyakinan terhadap diri sehingga kita merasakan orang memandang kita hanya pada parut, dan kadang2 kita akan sentiasa merasakan orang di sekeliling kita memandang serong terhadap kita. Tambahan pulak kalau parut itu terletak di bahagian muka, leher, atau di lengan. Terdapat banyak petua2 yang diamalkan untuk menghilangkan parut tanpa perlu berbelanja besar.. so probability untuk dapat kesan sampingan adalah rendah kerana bahan yang digunakan adalah bahan mentah. Setiap ciptaan yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia adalah penawar kepada setiap sesuatu, cuma manusia perlu berusaha lebih untuk menilai dan mengkajinya.

Tips Petua Menghilangkan Parut

Petua 1 Menghilangkan Parut Guna Asam Jawa:


Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosok pada parut. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

Petua 2 Menghilangkan Parut Guna Kulit Kayu Manis:



Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 3 Menghilangkan Parut Guna Kulit Pisang:


Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 4 Menghilangkan Parut Guna Ubat Gigi:



Sapukan pada parut dengan sebarang ubat gigi setiap hari.


Petua 5 Menghilangkan Parut Guna Beras:


Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 6 Menghilangkan Parut Guna  Lidah Buaya:


Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.

Petua 7 Menghilangkan Parut Guna Pisang Emas:


Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. Tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut. Lakukan setiap hari sehingga anda dapat lihat perubahannya.

Petua 8 Menghilangkan Parut Guna Bedak Sejuk

: Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

Petua 9 Menghilangkan Parut Guna Timun:


Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.

sumber: facebook wanitasihat

Selamat mencuba Tips Petua Menghilangkan Parut!

Tips Cara Tradisonal Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

on Tuesday, May 22, 2012

Korang semua mesti pernah ada jerawat kan? Selalunya jerawat akan meninggalkan kesan parut dan bukan mudah nak hilangkan parut jerawat tu. Produk-produk kat kedai pun belum tentu betul-betul dapat hilangkan parut jerawat tu. Kali ini nak share tips Cara Tradisonal Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat.

Ni ada cara nak menghilangkan bekas parut jerawat yang nak share dengan anda ni. InsyaAllah parut akan berkurangan dan hilang. Ada banyak tips ni korang boleh la try satu-satu dan tengok yang mana sesuai dan berkesan untuk korang.

Tips Cara Tradisonal Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat


1.  Campurkan madu dan bedak sejuk kemudian sapu di parut jerawat anda.

2. Ambil sepotong ubi kayu dan kupas kulitnya. Buangkan kulitnya. Kemudian bersihkan dan parutkan ubi kayu tersebut.Selepas itu perah untuk dapatkan airnya. Sapu air tersebut pada bekas jerawat anda.

3. Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah di asah. Sapu di muka yang berparut pada waktu malam. Cuci dengan air suam  pada esoknya. Amalkan 3 kali seminggu.

4. Ambil 10 helai daun sireh dan tumbuk daun tersebut. Kemudian sapu pada tempat berparut. Cuci setelah ianya kering.

5. Kisarkan timun dan tapis airnya. Hampas timun tersebut sapukan di muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.

6. Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya. Lumurkan jus lemon tersebut ke muka 2 kali sehari dan minum jus lemon 1 kali sehari.

7. Gunakan daun lidah buaya. Ambil gelnya sahaja dan lumurkan pada kawasan berparut. Bilas dengan air suam setelah kering. Gelnya juga boleh di buat jus dan minum1kali sehari.
 
© Oh Jerawat All Rights Reserved