-->

Petua Hilangkan Jerawat Part 2

on Thursday, November 8, 2012


Oh Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri seseorang.

Antara punca berlakunya jerawat:


# Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca  utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.

# Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.

# Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.

# Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.

# Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

# Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.


Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah jerawat:


# Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.

# Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.

# Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.

# Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.

# Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk.

# Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.

# Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, bermasalah dan badan yang letih.

# Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.

# Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.

# Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".

# Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.

# Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.

# Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.


Antara kaedah rawatan Untuk Jerawat:


1. Liang yang tersumbat harus dibuka. 

Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.


2. Mengurangkan jangkitan bakteria.

Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".

3. Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

Doa Penyembuhkan Jerawat/ Doa Hilangkan Jerawat

on Thursday, November 1, 2012

Doa Penyembuhkan Jerawat/ Doa Hilangkan Jerawat


>>Klik pada gambar untuk besarkan gambar<<

Jenis, Punca dan Kepercayaan Mengenai Jerawat

Oh Jerawat!! Sememangnya, jerawat antara masalah merunsingkan remaja. Selalunya, jerawat mula muncul pada awal atau pertengahan baligh iaitu seawal umur 10 tahun ketika hormon seksual mula meledak. Ia menyerang tanpa mengira jantina. Cuaca panas kadangkala memburukkan keadaan kerana ia menyebabkan kulit lebih berminyak.

Faktor keturunan atau genetik adalah punca utama jerawat. Ada tiga keadaan yang biasa dialami pesakit jerawat iaitu kulit berminyak, pengelupasan semula jadi sel kulit mati yang tidak normal dan kehadiran bakteria Proprionibacterium acnes yang banyak di dalam kulit.

Faktor perubahan hormon seksual banyak menyumbang kepada pengeluaran sebum atau kulit berminyak. Rawatan jerawat termasuklah ubatan menanggalkan sel kulit mati (exfoliant), mengurangkan kulit berminyak dan antibiotik menghapuskan bakteria.

Mengapa remaja sering kali mengalami masalah jerawat yang banyak?? Kebanyakan remaja tidak mempunyai pengetahuan secukupnya berkaitan jerawat. Berikut disenaraikan sedikit penerangan mengenai punca jerawat dan tips mengurangkan masalah berkenaan;

* Jerawat atau lebih tepat digelar akne mengikut istilah perubatan adalah benjolan kecil yang timbul di permukaan kulit.

Ada pelbagai jenis benjolan kecil ini iaitu whiteheads (berwarna kulit atau sedikit putih), blackheads (mempunyai bintik hitam di tengah), jerawat (berwarna merah dan menyakitkan) dan jerawat batu atau nodul (benjolan lebih besar membabitkan lapisan kulit lebih dalam).

Jerawat peringkat teruk dikenali sebagai acne vulgaris. Ia memerlukan rawatan segera daripada doktor. Kegagalan merawat akne vulgaris dengan sempurna bakal menyebabkan parut berkekalan pada muka.

Ini ialah Kepercayaan mengenai jerawat yang sering berlaku dalam lingkungan rakyat Malaysia;


1. Jerawat disebabkan kulit kotor atau tidak dicuci bersih. 

Jerawat tidak terjadi akibat kulit kotor. Sebaliknya, ia disebabkan penghasilan berlebihan kelenjar minyak dan pengumpulan sel kulit mati, sebum (minyak) serta bakteria yang menyebabkan keradangan di dalam poripori kulit.

2. Kekerapan mencuci muka kurangkan potensi kemunculan jerawat.

Walaupun mencuci muka dapat menghilangkan kotoran dan minyak dari kulit, kekerapan mencuci akan menjadikan radang dan kulit kering. Fenomena ini juga boleh mencetuskan jerawat. Penggunaan scrub (lulur) akan memburukkan lagi keadaan kerana kulit berpotensi mudah radang dan tercedera. Anda seharusnya menggunakan pencuci sederhana (mild) melalui pergerakan berpusing secara lembut, dua kali sehari dan lap lembut menggunakan tuala bersih. Jika kulit muka terasa tegang dan kering selepas dicuci, ia menandakan pencuci muka itu terlalu kuat dan tidak sesuai.

3. Memicit jerawat akan cepat menghilangkannya.

Memicit jerawat menyebabkan jerawat kurang kelihatan untuk sementara waktu. Namun, proses ini menyebabkan pertumbuhan bakteria, sel kulit mati dan sebum tertolak lebih mendalam ke dalam kulit dan menyebabkan kawasan berkenaan bengkak dan merah. Ia akan melambatkan proses penyembuhan jerawat dan boleh meninggalkan tanda merah atau coklat serta parut pada kulit. Tanda berwarna ini akan kekal selama beberapa bulan sementara parut pula akan kekal selama-lamanya.

4. Jangan memakai bahan solekan jika mahu kulit mulus.

Jika menggunakan bahan solekan yang tidak komedogenik, bersolek tidak akan menyebabkan jerawat. Berhati- hatilah apabila memilih bahan kosmetik dengan membaca terlebih dulu label pada bahan kosmetik.

5. Memakan coklat atau kacang dan tekanan mencetuskan jerawat.

Punca utama jerawat bukan berpunca daripada makanan. Bagaimanapun, ada makanan tertentu mungkin memburukkan lagi jerawat. Jika berlaku hal sedemikian, kurangkan pengambilan makanan berkenaan. Tekanan tidak mencetuskan jerawat namun boleh meningkatkan pengeluaran sebum, seterusnya memburukkan lagi keadaan jerawat sedia ada.

6. Jerawat adalah sebahagian daripada resdung.

Oleh itu elakkan makanan penyebab `gatal' seperti belacan dan sebagainya. Ini tidak benar kerana resdung diistilahkan sebagai sejenis penyakit alahan. Jerawat bukan berpunca daripada alahan...

Kepentingan merawat jerawat dengan betul tidak boleh dipandang rendah kerana kelewatan merawat atau kesilapan pengambilan ubat boleh menyebabkan parut berkekalan, seterusnya mengganggu emosi dan penampilan diri remaja yang sememangnya sangat sensitif dengan penampilan luaran.

Sumber: Artikel kafe@TEEN kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

5 Petua Wajah Berseri Cara Islam [Gambar]

on Tuesday, October 23, 2012

5 Petua Wajah Berseri Cara Islam [Gambar]


>>Klik pada gambar untuk melihat lebih jelas @ besar<<

Tips Hilangkan Jerawat dengan Cukup Tidur

on Saturday, October 6, 2012


Oh Jerawat!! Apa kaitan jerawat dengan tidur? Jawapannya memang ada kaitan. Anda mesti pernah dengar tidur adalah waktu tubuh badan untuk berehat, menyembuh, membesar dan melindungi manusia. Sebab itu tidur yang cukup penting supaya sistem di dalam tubuh badan anda dapat bekerja dengan baik setiap hari.  Salah satu simptom kekurangan tidur adalah jerawat, tidur yang cukup bermakna memberi masa yang cukup untuk tubuh badan anda merawat pelbagai penyakit termasuklah merawat dan menghilangkan jerawat. 

Jadi bagaimana jerawat boleh muncul jika anda tidak cukup tidur?

Ada dua sebab terbesar bagaimana jerawat boleh muncul jika anda kekurangan tidur iaitu:

i)    Insulin Resistant
ii)    Keradangan Kronik

Menurut kajian Saintis University of California, kekurangan tidur adalah penyumbang terbesar kepada Insulin Resistan dan Keradangan Kronik.

Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi mengawal tahap glukosa/gula di dalam darah. Biasanya penyakit disebab oleh Insulin Resistant/Halangan Insulin ini melibatkan penyakit diabetis dan kencing manis.

Apabila Insulin gagal mengawal tahap gula di dalam darah, liang pori akan bertindak aktif mengeluarkan sebum (sejenis lemak/minyak) dengan terlalu banyak.

Sebum bagus untuk kulit. Ia berfungsi melindungi kulit daripada bakteria dan mengelak kulit muka menjadi kering.

Manakala keradangan berfungsi sebagai memulakan proses penyembuhan di dalam tubuh badan manusia. Sebenarnya keradangan bagus untuk anda. Tanpa keradangan mungkin anda boleh mati cepat .

Apa yang tidak bagus mengenai keradangan adalah keradangan meningkat kepada tahap kronik. Pemakanan yang tidak sihat boleh memusnahkan sel kulit dan keradang akan menghasilkan banyak sel kulit mati ke tahap kronik.

Ok, biar saya memudahkan anda. Secara asasnya kejadian jerawat adalah penghasilan sebum yang tidak terkawal, sel kulit mati dan bakteria.

Insulin resistant menyebabkan penghasilan sebum yang banyak. Kemudian keradangan kronik menghasilkan sel kulit mati dan menyumbat liang pori. Apabila sebum tidak boleh keluar dengan lancar melalui liang pori disebabkan sel kulit mati tersumbat, bakteria akan membiak di dalam liang pori dan menyebabkan nanah dalaman. Akhirnya jerawat berlaku.

Itu saja yang saya dapat terangkan kaitan Insulin Resistant, Keradangan Kronik dengan Jerawat (macam belajar medical pulak  ). Sekarang kita dah tahu betapa pentingnya tidur yang cukup boleh mengawal Insulin dan keradangan di dalam badan dan mengelakkan jerawat tumbuh.

Jadi aturlah waktu tidur dengan betul. Tidur yang cukup memberi kecergasan badan sepanjang hari. Kulit pun menjadi sihat dan bertenaga.

Sumber: Dr. Haseenah
 
© Oh Jerawat All Rights Reserved