-->

Jenis Jerawat dan Cara Mengatasinya

on Tuesday, May 29, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.. Akne atau jerawat merupakan masalah kulit yang biasa dihadapi oleh semua peringkat umur. Walaupun tumbuh dalam pelbagai bentuk namun smuanya bermula dari cara yang sama iaitu dari folikel yang tersumbat. Akne mula berlaku antara 2 hingga 3 minggu sebelum keradangan timbul di muka. Kebiasannya pembentukan akne disebabkan oleh masalah hormone dalam badan, penghasilan minyak pada kulit, perubahan folikel, jangkitan bacteria dan preskripsi ubat yang tertentu.

Jenis Jerawat dan Cara Mengatasinya

Jenis-jenis jerawat


(1) BINTIK PUTIH

Bintik putih merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. Keradangan akne berlaku apabila bintik putih dijangkiti oleh bakteria dan menyebabkan ianya membengkak.

(2) BINTIK HITAM

Bintik hitam merupakan comedon terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel, dimana dinding kulit telah pecah. Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. Warna pada bintik hitam ini disebabkan oleh pengumpulan melanin dalam kulit.

(3) PAPULES

Berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak. Papules selalunya timbul dalam keadaan bengkak dan keras yang besarnya kurang dari 5mm.

(4) PUSTULES

Berbentuk kubah, bengkak seperti papules tetapi lebih sensitive. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran sel-sel darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. Nanah yang terkumpul di dalam akne ini boleh kelihatan di dalam kulit. Pustules yang sembuh tanpa bertukar menjadi cysts, biasanya tidak meninggalkan parut.

(5) CYSTS

Cysts adalah benjolan tertutup yang boleh menjadi sebesar manik dan sngat sakit. Ia lebih besar daripada pustules dan terjadi jauh ke dalam lapisan kulit, ia boleh merosakkan struktur tisu kulit dan menyebabkan parut. Mencuci muka secara berlebihan akan hanya memburukkan dan melambatkan lagi proses pemulihan kulit.

Bagi memperolehi kulit cantik, langkah pencucian dan melembap adalah amat penting. Pilihan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit amat penting supaya ia tidak akan menyebabkan liang roma tersumbat. Tanpa penjagaan yang yang baik boleh mengakibatkan jangkitan mikro yang akhirnya akan bertukar menjadi akne. Bagi anda yang mengalami masalah akne seharusnya menggunakan pelembap yang berbentuk gel atau losyen atau krim yang ringan kerana pelembap jenis ini adalah lebih mudah meresap dan tidak akan membuatkan liang tersumbat.

Tips mengatasi masalah jerawat


(1) Pastikan anda menggunakan tuala muka yang bersih setiap kali anda mencuci muka bagi mengelakkan pertumbuhan bacteria pada kain yang lembap.

(2) Jika jerawat anda lebih tertumpu pada bahagian dagu dan rahang, telefon anda mungkin puncanya. Bersihkan gagang telefon dengan alcohol atau hydrogen peroxide.

(3) Manjakan wajah sekurang-kurangnya 2-3 minggu sekali dengan melakukan rawatan di salun-salun kecantikan.

(4) Gunakan pencuci muka yang ringan dan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit.

(5) Jangan selalu menyentuh wajah anda kerana ini boleh menyebarkan bacteria di muka anda dan menyebabkan akne.


Sumber: Majalah NUR, m/s 192, (September 2005)

Tips Petua Menghilangkan Parut

on Monday, May 28, 2012


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.. Sesetengah orang mudah hilang keyakinan diri apabila mempunyai parut. Oleh sebab hilang keyakinan terhadap diri sehingga kita merasakan orang memandang kita hanya pada parut, dan kadang2 kita akan sentiasa merasakan orang di sekeliling kita memandang serong terhadap kita. Tambahan pulak kalau parut itu terletak di bahagian muka, leher, atau di lengan. Terdapat banyak petua2 yang diamalkan untuk menghilangkan parut tanpa perlu berbelanja besar.. so probability untuk dapat kesan sampingan adalah rendah kerana bahan yang digunakan adalah bahan mentah. Setiap ciptaan yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia adalah penawar kepada setiap sesuatu, cuma manusia perlu berusaha lebih untuk menilai dan mengkajinya.

Tips Petua Menghilangkan Parut

Petua 1 Menghilangkan Parut Guna Asam Jawa:


Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosok pada parut. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

Petua 2 Menghilangkan Parut Guna Kulit Kayu Manis:



Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 3 Menghilangkan Parut Guna Kulit Pisang:


Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 4 Menghilangkan Parut Guna Ubat Gigi:



Sapukan pada parut dengan sebarang ubat gigi setiap hari.


Petua 5 Menghilangkan Parut Guna Beras:


Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 6 Menghilangkan Parut Guna  Lidah Buaya:


Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.

Petua 7 Menghilangkan Parut Guna Pisang Emas:


Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. Tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut. Lakukan setiap hari sehingga anda dapat lihat perubahannya.

Petua 8 Menghilangkan Parut Guna Bedak Sejuk

: Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

Petua 9 Menghilangkan Parut Guna Timun:


Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.

sumber: facebook wanitasihat

Selamat mencuba Tips Petua Menghilangkan Parut!

Tips Cara Tradisonal Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

on Tuesday, May 22, 2012

Korang semua mesti pernah ada jerawat kan? Selalunya jerawat akan meninggalkan kesan parut dan bukan mudah nak hilangkan parut jerawat tu. Produk-produk kat kedai pun belum tentu betul-betul dapat hilangkan parut jerawat tu. Kali ini nak share tips Cara Tradisonal Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat.

Ni ada cara nak menghilangkan bekas parut jerawat yang nak share dengan anda ni. InsyaAllah parut akan berkurangan dan hilang. Ada banyak tips ni korang boleh la try satu-satu dan tengok yang mana sesuai dan berkesan untuk korang.

Tips Cara Tradisonal Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat


1.  Campurkan madu dan bedak sejuk kemudian sapu di parut jerawat anda.

2. Ambil sepotong ubi kayu dan kupas kulitnya. Buangkan kulitnya. Kemudian bersihkan dan parutkan ubi kayu tersebut.Selepas itu perah untuk dapatkan airnya. Sapu air tersebut pada bekas jerawat anda.

3. Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah di asah. Sapu di muka yang berparut pada waktu malam. Cuci dengan air suam  pada esoknya. Amalkan 3 kali seminggu.

4. Ambil 10 helai daun sireh dan tumbuk daun tersebut. Kemudian sapu pada tempat berparut. Cuci setelah ianya kering.

5. Kisarkan timun dan tapis airnya. Hampas timun tersebut sapukan di muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.

6. Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya. Lumurkan jus lemon tersebut ke muka 2 kali sehari dan minum jus lemon 1 kali sehari.

7. Gunakan daun lidah buaya. Ambil gelnya sahaja dan lumurkan pada kawasan berparut. Bilas dengan air suam setelah kering. Gelnya juga boleh di buat jus dan minum1kali sehari.

Tips Hilangkan Parut Jerawat

on Friday, May 18, 2012


Tips Hilangkan Parut Jerawat



Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat. Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri. Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan.
Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.

Rawatan Awal



  1. Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.
  2. Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting.
  3. Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit. Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepatkan proses remodeling kulit.
  4. Jangan memicit jerawat atau parut jerawat. Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku.
  5. Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.

Rawatan Laser



  1. Dengan kemajuan teknologi laser dermatologi/aesthetic, kini rawatan yang paling berkesan untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida) atau Erbium Yag.
  2. Kedua-dua laser ini adalah dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan laser.
  3. Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori-pori muka kelihatan lebih halus. Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara 6 ke 8 minggu.

Tips Jerawat


Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja. Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk.
1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur-sayuran juga mempunyai antioksidan yang tinggi.
2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.
3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.
4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur.

Rawatan Lain


Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah-langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.
Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka.
Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan micro-dermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut.
Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak 3 ke 5 sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.

Jerawat di Badan


Untuk merawat jerawat di badan, anda dinasihatkan untuk mengambil antibiotik yang sesuai seperti Minocycline HCL. Ini bertujuan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat itu bengkak dan sakit.
Semasa rawatan antibiotik, anda perlu menggunakan krim Benzoyl peroxide (seperti jenama Oxy) agar rawatan lebih berkesan. Jika jerawat tersebut mempunyai blackhead, rawatan seperti krim tretinoin perlu digunakan. Namun begitu anda dinasihatkan bertemu doktor untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.

Rawatan Terkini


Untuk rawatan terkini, terdapat 2 jenis laser yang sangat berkesan untuk merawat jerawat iaitu Isolaz yang mendapat kelulusan untuk merawat jerawat tahap 1 hingga tahap 6 dan laser long pulse Nd:Yag. Kelebihan rawatan ini adalah ia ringkas, tidak sakit dan sangat berkesan.

 Sumber: iluvislam

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

on Wednesday, May 16, 2012

Kali ini saya ingin berkongsi tips tradisional hilangkan jerawat dengan cepat. InsyaAllah... Mudah-mudahan dipermudahkan kepada anda untuk mencubanya. Semoga berjaya dengan tips hilangkan jerawat dengan cepat yang di kongsikan dari blog ciktom.com.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato



Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis



Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya



Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi



Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur



First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu



Mula ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras



Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.

Sumber: ciktom
 
© Oh Jerawat All Rights Reserved