-->
Showing posts with label punca jerawat. Show all posts
Showing posts with label punca jerawat. Show all posts

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Mengatasi Kulit Berminyak

on Tuesday, April 16, 2013

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Mengatasi Kulit Berminyak

Muncul jerawat boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Antaranya jerawat muncul adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan manusia. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadiran jerawat ialah berdasarkan keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan, stress, kemurungan dan cuaca. Selain itu, kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin juga merangsang munculnya jerawat. Manakala, kulit yang berminyak juga boleh mengundang kepada kemunculan jerawat. Jerawat disebabkan oleh tersumbatnya inflamasi kelenjar sebum. Oleh itu untuk mencegah jerawat dari muncul, anda patut mengatasi kulit berminyak:


  1. Kurangkan makanan berminyak
  2. Minum air dengan banyak setiap hari
  3. Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas keluar dari rumah, setidak-tidaknya lapkan muka dan leher anda dengan tisu lembap.
  4. Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
  5. Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.
  6. Merawat muka berminyak dengan masker buah epal


Tips 6: Cara merawat muka berminyak dengan masker buah epal merah/ hijau


Ambil sebiji buah epal, kemudian potong dan masukkan dalam mesin pengisar, kisar epal tersebut sehingga halus tanpa menggunakan air. Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Kemudian ratakan epal yang sudah hancur @ menjadi masker keseluruh wajah. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan menggunakan air suam dan kemudian air sejuk. Lakukan sekurangnya sekali seminggu. Insyaallah lihatlah hasilnya muka tidak lagi berminyak malahan makin lembut serta mulus. Selamat mencuba.

Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka

on Wednesday, February 13, 2013

Oh Jerawat!! Artikel kali ini saya ingin berkongsi tips atau perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka. Ini kerana teknik cucian yang sempurna dapat memberikan kesegaran pada wajah dan ia juga mampu mencegah pertumbuhan jerawat dan menghilangkan jerawat. Mencuci muka ini adalah bertujuan untuk membersihkan muka daripada kesan make up, kotoran, lebihan minyak dan juga sel kulit mati.

Sebelum ini saya pernah memberikan tips mencuci muka dengan betul. Kali ini saya akan membincangkan empat perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka.


Empat Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka adalah:

1. Jangan keterlaluan semasa mencuci muka

Mungkin anda terlalu obses semasa mencuci muka. Mengguna pencuci muka terlalu banyak, cuci muka terlalu lama, menggosok muka dengan kuat dan mencuci muka dengan kerap sebenarnya tidak bagus. Cara cucian begini tidak akan menghilangkan jerawat malah ia merosakkan lagi kulit muka anda.

Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari. Gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan supaya peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar di seluruh muka anda.

2. Jangan menggunakkan sabun ketul atau sabun mandi

Sabun mandi tidak sesuai dengan muka sebab kulit muka lebih sensitif berbanding dengan kulit badan. Penggunaan sabun mandi akan menyebabkan kulit muka anda menjadi lebih kering dan menghilangkan kelembapan pada wajah anda.

Sebaiknya gunalah pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda sensitif gunakan pencuci muka yang bebas aroma/wangian, untuk kulit berminyak pilih pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih dan bagi anda yang berkulit kering gunakan pencuci muka yang mengandungi formula kelembapan.

3. Elakkan menggunakan pencuci muka atau toner yang mengandungi alkohol dan bahan kimia berbahaya.

Saya rasa anda pun tahu bahan kimia tidak elok untuk kesihatan. Biasanya simptom awal kesan daripada bahan kimia adalah anda akan mengalami kegatalan pada wajah anda.

Jika anda mengalami simptom ini, nasihat saya berhenti menggunakan pencuci muka tersebut dan dapatkan rawatan doktor sebelum ia menjadi lebih teruk.

4. Jangan menggunakan air terlalu panas atau terlalu sejuk.

Menggunakan air terlalu panas dapat mencederakan kulit muka. Penggunakan air terlalu sejuk pula membuat kulit anda rasa terkejut yang melemahkan peredaran darah dan oksigen. Saya sarankan anda gunakan air suam-suam kuku. Tak telalu panas dan tak terlalu sejuk.

Empat perkara ini amat penting untuk dielakkan supaya dapat memberi kesan yang terbaik semasa mencuci muka. Kulit muka yang sihat adalah hasil daripada penjagaan yang baik dan sempurna oleh diri kita sendiri. Semoga kulit muka menjadi bersih dan sihat kembali. Perangi Jerawat Untuk Hidup Yang Lebih Ceria dan Sihat :)

Punca Jerawat dan Salah Anggap Masyarakat Tentang Kaedah Rawatannya

on Saturday, June 2, 2012


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia..

Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia. Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.

Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.

Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.

Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut.

Tetapi ramai tersalah anggap yang gejala jerawat berpunca daripada penyakit resdung yang dihidapi oleh kebanyakkan orang. Maaf saya katakan tapi ianya tidak benar sama sekali. Resdung adalah sejenis alahan yang kebanyakkannya dihidapi secara turun temurun. Simptom penyakit resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat.

Resdung terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnya perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka pula akan kegatalan. Apabila kita menggaru kulit muka kita dengan kuku, barulah ia menjadi punca jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku ke atas kulit muka. Maknanya, anda tidak boleh mengubati jerawat dengan melakukan rawatan resdung kerana ia adalah dua penyakit yang berbeza.

Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? Selain mengubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.

Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?

1. Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.

2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.

3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.

4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.

5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.

6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.

7. Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.

Sumber: Dr Hassenah Pakar Jerawat
 
© Oh Jerawat All Rights Reserved