-->
Showing posts with label doktor jerawat. Show all posts
Showing posts with label doktor jerawat. Show all posts

Tips Hilangkan Jerawat dengan Cukup Tidur

on Saturday, October 6, 2012


Oh Jerawat!! Apa kaitan jerawat dengan tidur? Jawapannya memang ada kaitan. Anda mesti pernah dengar tidur adalah waktu tubuh badan untuk berehat, menyembuh, membesar dan melindungi manusia. Sebab itu tidur yang cukup penting supaya sistem di dalam tubuh badan anda dapat bekerja dengan baik setiap hari.  Salah satu simptom kekurangan tidur adalah jerawat, tidur yang cukup bermakna memberi masa yang cukup untuk tubuh badan anda merawat pelbagai penyakit termasuklah merawat dan menghilangkan jerawat. 

Jadi bagaimana jerawat boleh muncul jika anda tidak cukup tidur?

Ada dua sebab terbesar bagaimana jerawat boleh muncul jika anda kekurangan tidur iaitu:

i)    Insulin Resistant
ii)    Keradangan Kronik

Menurut kajian Saintis University of California, kekurangan tidur adalah penyumbang terbesar kepada Insulin Resistan dan Keradangan Kronik.

Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi mengawal tahap glukosa/gula di dalam darah. Biasanya penyakit disebab oleh Insulin Resistant/Halangan Insulin ini melibatkan penyakit diabetis dan kencing manis.

Apabila Insulin gagal mengawal tahap gula di dalam darah, liang pori akan bertindak aktif mengeluarkan sebum (sejenis lemak/minyak) dengan terlalu banyak.

Sebum bagus untuk kulit. Ia berfungsi melindungi kulit daripada bakteria dan mengelak kulit muka menjadi kering.

Manakala keradangan berfungsi sebagai memulakan proses penyembuhan di dalam tubuh badan manusia. Sebenarnya keradangan bagus untuk anda. Tanpa keradangan mungkin anda boleh mati cepat .

Apa yang tidak bagus mengenai keradangan adalah keradangan meningkat kepada tahap kronik. Pemakanan yang tidak sihat boleh memusnahkan sel kulit dan keradang akan menghasilkan banyak sel kulit mati ke tahap kronik.

Ok, biar saya memudahkan anda. Secara asasnya kejadian jerawat adalah penghasilan sebum yang tidak terkawal, sel kulit mati dan bakteria.

Insulin resistant menyebabkan penghasilan sebum yang banyak. Kemudian keradangan kronik menghasilkan sel kulit mati dan menyumbat liang pori. Apabila sebum tidak boleh keluar dengan lancar melalui liang pori disebabkan sel kulit mati tersumbat, bakteria akan membiak di dalam liang pori dan menyebabkan nanah dalaman. Akhirnya jerawat berlaku.

Itu saja yang saya dapat terangkan kaitan Insulin Resistant, Keradangan Kronik dengan Jerawat (macam belajar medical pulak  ). Sekarang kita dah tahu betapa pentingnya tidur yang cukup boleh mengawal Insulin dan keradangan di dalam badan dan mengelakkan jerawat tumbuh.

Jadi aturlah waktu tidur dengan betul. Tidur yang cukup memberi kecergasan badan sepanjang hari. Kulit pun menjadi sihat dan bertenaga.

Sumber: Dr. Haseenah

Tips Hilangkan Jerawat dengan Diet

on Tuesday, July 10, 2012


Oh Jerawat!! Salah satu cara untuk menghilangkan jerawat adalah mengawal cara pemakanan kita atau lebih dikenali sebagai diet. Tidak salah jika saya menyatakan diet atau cara pemakanan kita adalah faktor terbesar samada menjadikan kita makin sihat atau kurang sihat.

Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti. Dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana diet juga dapat membantu merawat jerawat.

Secara asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula. Di bawah saya akan menerangkan empat faktor pemakanan untuk merawat jerawat.

Tips Hilangkan Jerawat dengan Diet:


1. Kurangkan pengambilan gula

Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.

2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.

3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.

4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.

Kombinasi pemakanan di atas dapat merawat dan mencegah jerawat secara semulajadi. Sekarang anda sudah tahu rahsia pemakanan yang dapat membantu menghilangkan jerawat. Jadi, jangan lupa amalkan supaya kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa

E-Buku Cara Merawat Jerawat

on Thursday, June 7, 2012

E-Buku Cara Merawat Jerawat.

Siapa Saya Untuk Cakap Pasal Jerawat Ni? Hebat Sangat Ke?

Rasanya, sebelum kita pergi lebih jauh, ada baiknya saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Lebih molek gitu, betul tak?

Nama saya Dr Hasseenah Hassan, telah berkhidmat sebagai doktor bertauliah selama 20 tahun.

Ringkasan berkenaan dengan latarbelakang pendidikan dan pengalaman saya dalam bidang perubatan adalah:


  • Mendapat Sarjana Kedoktoran (M.D) daripada Universiti Sains Malaysia.
  • Memegang Certificate Course in Dermatology (AFPM) dan Diplomate American Academy of Restorative and Aesthetic Medicine (AARAM).
  • Semenjak 5 tahun kebelakangan ini (2011), saya banyak memberi fokus kepada masalah pesakit jerawat dan telah merawat lebih 1200 orang pesakit yang mempunyai isu jerawat sahaja.
  • Saya turut telah berjaya mengeluarkan produk rawatan jerawat sendiri di bawah jenama “Dr. Hasseenah”.

Cara rawatan yang saya paparkan telah diolah setelah saya membaca buku-buku berkenaan jerawat, berbincang dengan pakar kulit dan yang paling penting berjumpa dan merawat pesakit-pesakit yang menghidap jerawat secara langsung.

Senang sahaja, sebagai kesimpulan, saya memang benar-benar layak dan ingin MEMBANTU anda menyelesaikan masalah jerawat anda .Itulah tugas saya.

Memang tiada lain, saya di sini akan membantu anda menghilangkan jerawat dan mengembalikan keyakinan diri anda dengan memiliki wajah yang lebih menawan dan licin.

Tapi saya sedar, mungkin anda tidak tinggal berhampiran sekitar Shah Alam, Selangor. Kalau anda duduk dekat, memang anda boleh bila-bila sahaja bertemu saya, tiada masalah.

Cara yang terbaik untuk merawat jerawat ialah untuk bertemu saya di klinik agar anda mendapat perhatian dan jawapan yang paling tepat kerana setiap orang adalah unik dan memerlukan perhatian yang berbeza.

Kini anda tak perlu berasa gundah-gulana lagi.

Oleh kerana keterbatasan jarak dan masa anda, demi anda saya telah menghasilkan sebuah ebook iaitu buku dalam bentuk file softcopy PDF.

Kini segala pemasalahan jerawat mampu diselesaikan dengan panduan langkah-demi-langkah yang saya hasilkan sendiri ini.

Memperkenalkan E-buku “Rahsia Jerawat Terbongkar - Bagaimana Mengawal Jerawat Dalam Masa 60 Hari

Buku ini adalah dalam bentuk file softcopy PDF hasil tulisan saya sendiri.

Dalam e-buku ini saya telah kumpulkan segala ilmu dan pengalaman saya dalam bidang merawat jerawat selama 5 tahun.

Saya telah ringkaskannya dan mudahkannya untuk tujuan pemahaman anda.

Ingat, e-buku ini bukan sebarangan ebook. Ia telah ditulis sendiri boleh saya yang merupakan doktor sebenar dan pakar dalam jerawat. Bukan hanya ‘copy paste' maklumat yang di-search daripada Google!

Yang ikhlas;
Dr Hasseenah
“Doktor Pakar Jerawat Anda”
Admin DrHasseenah
Telefon: 03-55411392

ps: Anda dah miliki belum  E-buku Rahsia Jerawat Terbongkar ? Kalau belum dan berminat boleh melayari website untuk maklumat lanjut >> E-buku Rahsia Jerawat Terbongkar <<

Punca Jerawat dan Salah Anggap Masyarakat Tentang Kaedah Rawatannya

on Saturday, June 2, 2012


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia..

Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia. Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.

Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.

Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.

Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut.

Tetapi ramai tersalah anggap yang gejala jerawat berpunca daripada penyakit resdung yang dihidapi oleh kebanyakkan orang. Maaf saya katakan tapi ianya tidak benar sama sekali. Resdung adalah sejenis alahan yang kebanyakkannya dihidapi secara turun temurun. Simptom penyakit resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat.

Resdung terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnya perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka pula akan kegatalan. Apabila kita menggaru kulit muka kita dengan kuku, barulah ia menjadi punca jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku ke atas kulit muka. Maknanya, anda tidak boleh mengubati jerawat dengan melakukan rawatan resdung kerana ia adalah dua penyakit yang berbeza.

Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? Selain mengubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.

Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?

1. Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.

2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.

3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.

4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.

5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.

6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.

7. Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.

Sumber: Dr Hassenah Pakar Jerawat

Siapa Dr Hasseenah Hassan?

on Friday, June 1, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Pasti ramai yang tertanya2 siapa Siapa Dr Hasseenah Hassan? Adakah beliau pakar sehingga menerbitkan ebook "Bagaimana Merawat Jerawat dalam 60 Hari".


Dr Hasseenah Hassan merupakan seorang lulusan Ijazah Perubatan MD (1991) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang pengamal perubatan bertauliah selama lebih kurang 20 tahun dan melangkah setapak ke hadapan dengan membuka kliniknya sendiri pada tahun 1997.

Beliau amat berminat untuk mengkaji dan menambah ilmu pengetahuannya di dalam bidang rawatan jerawat dan jeragat. Menyedari adanya permintaan dari pesakit-pesakit beliau mengenai masalah jerawat dan jeragat, beliau telah menubuhkan Klinik Jerawat dan Jeragat beliau sendiri yang memfokuskan mengenai rawatan dan pencegahan jerawat serta jeragat pada tahun 2006. Sepanjang penubuhan klinik ini, beliau telah berjaya membantu seramai 800 pesakit untuk mengatasi masalah jerawat dan jeragat mereka.

Untuk memantapkan lagi kepakaran beliau dalam bidang rawatan jerawat, Dr Hasseenah telah mengikuti beberapa kursus-kursus yang berkaitan seperti:


  • Certificate Course in Dermatology for Family Phycisian yang dianjurkan oleh Academy of Family Phycisian.
  • Diplomate in American Academy of Restorative &amp; Aesthetic Medicine ( AARAM ) .
  • Beliau juga mendapat tunjuk ajar dari Dr Ranjit Singh (bekas pensyarahnya dan Pakar Kulit yang beroperasi di Subang Jaya) dan Dr Ko Chung Beng ( Pakar Kulit yang beroperasi di Klang).


Dr Hasseenah juga melakukan kajian-kajian beliau sendiri mengenai masalah jerawat serta jeragat dan kini telah pun mengeluarkan produk penjagaan/pencegahan/rawatan jerawat dan jeragat beliau sendiri. Beliau juga telah menulis sebuah e-book mengenai rawatan serta pencegahan jerawat . Ebook ‘Rahsia Jerawat Terbongkar’ boleh didapati di klinik online drhasseenah pada link SINI.

Dr Hasseenah tidak lagi mengamalkan klinik kesihatan awam tetapi lebih menumpukan kepada bidang jerawat dan jeragat.

Jangan risau walaupun anda hanya belajar dari eBook,  Dr Hasseenah  masih memberikan support sepenuhnya melalui komunikasi di Internet. Jika ada yang tak faham, terus sahaja tanya beliau. Peluang sebegini seharusnya tidak dilepaskan oleh mereka yang ingin mengikut jejak langkah beliau. Anda tak perlu lagi ragu-ragu samaada tindakan anda betul atau sebaliknya kerana anda dibimbing oleh pakar jerawat yang berpengalaman luas.


 
© Oh Jerawat All Rights Reserved