-->
Showing posts with label cara cuci muka. Show all posts
Showing posts with label cara cuci muka. Show all posts

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Mengatasi Kulit Berminyak

on Tuesday, April 16, 2013

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Mengatasi Kulit Berminyak

Muncul jerawat boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Antaranya jerawat muncul adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan manusia. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadiran jerawat ialah berdasarkan keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan, stress, kemurungan dan cuaca. Selain itu, kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin juga merangsang munculnya jerawat. Manakala, kulit yang berminyak juga boleh mengundang kepada kemunculan jerawat. Jerawat disebabkan oleh tersumbatnya inflamasi kelenjar sebum. Oleh itu untuk mencegah jerawat dari muncul, anda patut mengatasi kulit berminyak:


  1. Kurangkan makanan berminyak
  2. Minum air dengan banyak setiap hari
  3. Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas keluar dari rumah, setidak-tidaknya lapkan muka dan leher anda dengan tisu lembap.
  4. Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
  5. Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.
  6. Merawat muka berminyak dengan masker buah epal


Tips 6: Cara merawat muka berminyak dengan masker buah epal merah/ hijau


Ambil sebiji buah epal, kemudian potong dan masukkan dalam mesin pengisar, kisar epal tersebut sehingga halus tanpa menggunakan air. Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Kemudian ratakan epal yang sudah hancur @ menjadi masker keseluruh wajah. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan menggunakan air suam dan kemudian air sejuk. Lakukan sekurangnya sekali seminggu. Insyaallah lihatlah hasilnya muka tidak lagi berminyak malahan makin lembut serta mulus. Selamat mencuba.

Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka

on Wednesday, February 13, 2013

Oh Jerawat!! Artikel kali ini saya ingin berkongsi tips atau perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka. Ini kerana teknik cucian yang sempurna dapat memberikan kesegaran pada wajah dan ia juga mampu mencegah pertumbuhan jerawat dan menghilangkan jerawat. Mencuci muka ini adalah bertujuan untuk membersihkan muka daripada kesan make up, kotoran, lebihan minyak dan juga sel kulit mati.

Sebelum ini saya pernah memberikan tips mencuci muka dengan betul. Kali ini saya akan membincangkan empat perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka.


Empat Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka adalah:

1. Jangan keterlaluan semasa mencuci muka

Mungkin anda terlalu obses semasa mencuci muka. Mengguna pencuci muka terlalu banyak, cuci muka terlalu lama, menggosok muka dengan kuat dan mencuci muka dengan kerap sebenarnya tidak bagus. Cara cucian begini tidak akan menghilangkan jerawat malah ia merosakkan lagi kulit muka anda.

Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari. Gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan supaya peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar di seluruh muka anda.

2. Jangan menggunakkan sabun ketul atau sabun mandi

Sabun mandi tidak sesuai dengan muka sebab kulit muka lebih sensitif berbanding dengan kulit badan. Penggunaan sabun mandi akan menyebabkan kulit muka anda menjadi lebih kering dan menghilangkan kelembapan pada wajah anda.

Sebaiknya gunalah pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda sensitif gunakan pencuci muka yang bebas aroma/wangian, untuk kulit berminyak pilih pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih dan bagi anda yang berkulit kering gunakan pencuci muka yang mengandungi formula kelembapan.

3. Elakkan menggunakan pencuci muka atau toner yang mengandungi alkohol dan bahan kimia berbahaya.

Saya rasa anda pun tahu bahan kimia tidak elok untuk kesihatan. Biasanya simptom awal kesan daripada bahan kimia adalah anda akan mengalami kegatalan pada wajah anda.

Jika anda mengalami simptom ini, nasihat saya berhenti menggunakan pencuci muka tersebut dan dapatkan rawatan doktor sebelum ia menjadi lebih teruk.

4. Jangan menggunakan air terlalu panas atau terlalu sejuk.

Menggunakan air terlalu panas dapat mencederakan kulit muka. Penggunakan air terlalu sejuk pula membuat kulit anda rasa terkejut yang melemahkan peredaran darah dan oksigen. Saya sarankan anda gunakan air suam-suam kuku. Tak telalu panas dan tak terlalu sejuk.

Empat perkara ini amat penting untuk dielakkan supaya dapat memberi kesan yang terbaik semasa mencuci muka. Kulit muka yang sihat adalah hasil daripada penjagaan yang baik dan sempurna oleh diri kita sendiri. Semoga kulit muka menjadi bersih dan sihat kembali. Perangi Jerawat Untuk Hidup Yang Lebih Ceria dan Sihat :)

Cara Mencuci Muka Untuk Hilangkan Jerawat

on Tuesday, September 4, 2012


Oh Jerawat!! Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk mencuci muka. Namun, ramai yang tersalah gunakan teknik untuk mencuci muka. Teknik atau cara yang betul penting kektika mencuci muka supaya ianya dapat menghilangkan jerawat. 

Mencuci muka dapat mengembalikan kesegaran kulit. Lebih-lebih lagi selepas anda beriadah, balik dari kerja dan melakukan aktiviti yang mendedahkan anda kepada persekitaran yang kurang bersih. Cuci muka juga dapat menghilangkan jerawat dan mencegah penumbuhan jerawat. Kalau anda nak tahu cuci muka adalah satu rahsia kecantikan artis dan model terkenal.

Saya pasti anda pun mencuci muka juga. Tetapi adakah anda mencuci dengan betul? Ikutilah lima langkah mudah cara mencuci muka dengan betul. Bahan yang perlu ada: Pencuci muka, dua tuala muka, cotton ball, toner, pelembab/Moisturizer dan air bersih.


Cara Mencuci Muka Untuk Hilangkan Jerawat

Langkah 1: Cuci Tangan

Cuci tangan sebelum anda mencuci muka. Maksud saya cuci dengan bersih dan teliti seperti di tapak tangan, celah jari dan kuku. Lagi bagus jika anda dapat menggunakkan sabun anti-bakteria. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda .

Langkah 2: Buang Kotoran Pada Muka

Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan air bersih. Kemudian lap muka dengan tuala muka. Pastikan tiada kesan make up yang tertinggal untuk mengelakkan make up bercampur dengan pencuci muka.

Langkah 3: Cuci Muka Menggunakan Pencuci Muka

Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda (cth: jenis untuk kulit yang berminyak atau kulit kering). Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka. Pastikan tiada bahagian yang tertinggal seperti di sisir rambut, celah hidung dan telinga dan di bawah dagu.

Langkah 4: Bilas Muka

Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. Sapu toner pada muka dengan menggunakan cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.(Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)

Langkah 5: Pelembap Muka

Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda sebab penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit anda.

Hanya lima langkah untuk memiliki muka yang bersih dan berseri-seri. Mudah bukan?? Jangan lupa cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam supaya kulit sentiasa sihat dan bermaya.
 
© Oh Jerawat All Rights Reserved