-->
Showing posts with label background study Dr Hasseenah Hassan. Show all posts
Showing posts with label background study Dr Hasseenah Hassan. Show all posts

Di Manakah Klinik Dr. Haseenah??

on Tuesday, September 10, 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Tak sangka artikel yang saya kongsikan di dalam blog ohjerawat! ini mendapat feedback yang positif dari pembaca. Alhamdulillah dan tahniah pada yang telah berjaya. Yang penting kita jangan mudah putus asa dan cuba mencari ikhtiar kerana setiap satu penyakit pasti ada penawarnya. InsyaAllah.

Saya ada menerima pertanyaan dari pembaca yang bertanyakan, "Di manakah Klinik Dr. Haseenah??", " Akak kat mana ye klinik dr.haseenah? Kalau dekat saya nak jumpa direct terus dengan doktor.

Jawapannya, Klinik Dr.Haseenah terdapat di Shah Alam. Sebaiknya buat panggilan terlebih dahulu untuk appointment waktu berjumpa dengan Dr. Haseenah kerana sedia maklum memang banyak appointment setiap hari dengan pesakit yang mempunyai masalah kulit dari seluruh Malaysia.



Alamat: D/A Poliklinik Zulkifli, No.42, Jalan Pinang C, 18/C, Seksyen 18, 40000 Shah Alam, Malaysia.
Telefon: 03-55411392
Waktu Operasi:-
Isnin - Jumaat: 8AM – 2PM
Sabtu: 8AM – 1PM



Pada yang ingin mengenali Dr. Haseenah lebih mendalam boleh lihat biodata Dr. Haseenah di artikel >> Siapa Dr. Haseenah? Beliau telah menerbitkan ebook "Bagaimana Merawat Jerawat dalam 60 Hari" yang telah mendapat sambutan hangat dan feedback yang positif dari pelanggan yang mendapatkan ebook tersebut.

Jika sekiranya anda sukar untuk berjumpa Dr. Haseenah jangan bersedih ye. Anda masih boleh dapatkan tips dan panduan untuk merawat masalah jerawat anda dengan melawat ke laman web Dr. Haseenah>> Rahsia Jerawat Dibongkar Oleh Dr. Haseenah.

Siapa Dr Hasseenah Hassan?

on Friday, June 1, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Pasti ramai yang tertanya2 siapa Siapa Dr Hasseenah Hassan? Adakah beliau pakar sehingga menerbitkan ebook "Bagaimana Merawat Jerawat dalam 60 Hari".


Dr Hasseenah Hassan merupakan seorang lulusan Ijazah Perubatan MD (1991) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang pengamal perubatan bertauliah selama lebih kurang 20 tahun dan melangkah setapak ke hadapan dengan membuka kliniknya sendiri pada tahun 1997.

Beliau amat berminat untuk mengkaji dan menambah ilmu pengetahuannya di dalam bidang rawatan jerawat dan jeragat. Menyedari adanya permintaan dari pesakit-pesakit beliau mengenai masalah jerawat dan jeragat, beliau telah menubuhkan Klinik Jerawat dan Jeragat beliau sendiri yang memfokuskan mengenai rawatan dan pencegahan jerawat serta jeragat pada tahun 2006. Sepanjang penubuhan klinik ini, beliau telah berjaya membantu seramai 800 pesakit untuk mengatasi masalah jerawat dan jeragat mereka.

Untuk memantapkan lagi kepakaran beliau dalam bidang rawatan jerawat, Dr Hasseenah telah mengikuti beberapa kursus-kursus yang berkaitan seperti:


  • Certificate Course in Dermatology for Family Phycisian yang dianjurkan oleh Academy of Family Phycisian.
  • Diplomate in American Academy of Restorative & Aesthetic Medicine ( AARAM ) .
  • Beliau juga mendapat tunjuk ajar dari Dr Ranjit Singh (bekas pensyarahnya dan Pakar Kulit yang beroperasi di Subang Jaya) dan Dr Ko Chung Beng ( Pakar Kulit yang beroperasi di Klang).


Dr Hasseenah juga melakukan kajian-kajian beliau sendiri mengenai masalah jerawat serta jeragat dan kini telah pun mengeluarkan produk penjagaan/pencegahan/rawatan jerawat dan jeragat beliau sendiri. Beliau juga telah menulis sebuah e-book mengenai rawatan serta pencegahan jerawat . Ebook ‘Rahsia Jerawat Terbongkar’ boleh didapati di klinik online drhasseenah pada link SINI.

Dr Hasseenah tidak lagi mengamalkan klinik kesihatan awam tetapi lebih menumpukan kepada bidang jerawat dan jeragat.

Jangan risau walaupun anda hanya belajar dari eBook,  Dr Hasseenah  masih memberikan support sepenuhnya melalui komunikasi di Internet. Jika ada yang tak faham, terus sahaja tanya beliau. Peluang sebegini seharusnya tidak dilepaskan oleh mereka yang ingin mengikut jejak langkah beliau. Anda tak perlu lagi ragu-ragu samaada tindakan anda betul atau sebaliknya kerana anda dibimbing oleh pakar jerawat yang berpengalaman luas.


 
© Oh Jerawat All Rights Reserved