Home > Archives for October 2012
Tips Hilangkan Jerawat dengan Cukup Tidur
on Saturday, October 6, 2012 at 3:05 PM
Oh Jerawat!! Apa kaitan jerawat dengan tidur? Jawapannya memang ada kaitan. Anda mesti pernah dengar tidur adalah waktu tubuh badan untuk berehat, menyembuh, membesar dan melindungi manusia. Sebab itu tidur yang cukup penting supaya sistem di dalam tubuh badan anda dapat bekerja dengan baik setiap hari. Salah satu simptom kekurangan tidur adalah jerawat, tidur yang cukup bermakna memberi masa yang cukup untuk tubuh badan anda merawat pelbagai penyakit termasuklah merawat dan menghilangkan jerawat.
Jadi bagaimana jerawat boleh muncul jika anda tidak cukup tidur?
Ada dua sebab terbesar bagaimana jerawat boleh muncul jika anda kekurangan tidur iaitu:
i) Insulin Resistant
ii) Keradangan Kronik
Menurut kajian Saintis University of California, kekurangan tidur adalah penyumbang terbesar kepada Insulin Resistan dan Keradangan Kronik.
Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi mengawal tahap glukosa/gula di dalam darah. Biasanya penyakit disebab oleh Insulin Resistant/Halangan Insulin ini melibatkan penyakit diabetis dan kencing manis.
Apabila Insulin gagal mengawal tahap gula di dalam darah, liang pori akan bertindak aktif mengeluarkan sebum (sejenis lemak/minyak) dengan terlalu banyak.
Sebum bagus untuk kulit. Ia berfungsi melindungi kulit daripada bakteria dan mengelak kulit muka menjadi kering.
Manakala keradangan berfungsi sebagai memulakan proses penyembuhan di dalam tubuh badan manusia. Sebenarnya keradangan bagus untuk anda. Tanpa keradangan mungkin anda boleh mati cepat .
Apa yang tidak bagus mengenai keradangan adalah keradangan meningkat kepada tahap kronik. Pemakanan yang tidak sihat boleh memusnahkan sel kulit dan keradang akan menghasilkan banyak sel kulit mati ke tahap kronik.
Ok, biar saya memudahkan anda. Secara asasnya kejadian jerawat adalah penghasilan sebum yang tidak terkawal, sel kulit mati dan bakteria.
Insulin resistant menyebabkan penghasilan sebum yang banyak. Kemudian keradangan kronik menghasilkan sel kulit mati dan menyumbat liang pori. Apabila sebum tidak boleh keluar dengan lancar melalui liang pori disebabkan sel kulit mati tersumbat, bakteria akan membiak di dalam liang pori dan menyebabkan nanah dalaman. Akhirnya jerawat berlaku.
Itu saja yang saya dapat terangkan kaitan Insulin Resistant, Keradangan Kronik dengan Jerawat (macam belajar medical pulak ). Sekarang kita dah tahu betapa pentingnya tidur yang cukup boleh mengawal Insulin dan keradangan di dalam badan dan mengelakkan jerawat tumbuh.
Jadi aturlah waktu tidur dengan betul. Tidur yang cukup memberi kecergasan badan sepanjang hari. Kulit pun menjadi sihat dan bertenaga.
Sumber: Dr. Haseenah